my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Seri Muka (bukan petua ye....)


Kuih tradisional yang paling aku suka ialah kuih serimuka. Kenapa dinamakan serimuka? jangan tanya aku..........sejak zaman berzaman, tulah namanya.

Aku memang tak boleh tengok kuih ni.........mesti teringat kakak ku sebab dia yang pandai buat dalam keluarga kami. Sorang lagi yang aku suka beli kat dia bila malam minggu di semenanjung, aku panggil dia 'abang janggut'......hehe....memang janggut dia panjang berjuntai.......tapi, bukan dia la yang buat, dah sah-sah isteri dia buat.

Di kawasan aku tinggal ni aku tak jumpa lagi di pasar tamu kuih ni yang betul2 menepati selera aku. Tengok rupa kuih, memang sedap dan cantik tapi bila rasa............macam2 yang tak kenanya!! Jadi, daripada aku beli tapi menyakitkan hati, baik aku buat sendiri.

Malam tadi, aku tak tolong suami tusyen (selalu aku tolong sikit2, tolong tengokan mana yang tak boleh membaca). Lepas sembahyang maghrib, aku terus kedapur. Sebelum tu aku talipon kakak, tanyakan satu dua perkara untuk kepastian sebab kalau ikut dalam intenet kekadang tak semua lengkap.

Ini resepi daripada ibufarzana myresipi.com. Ada yang aku tak ikut sangat adunannya.


KUIH SERI MUKA
Guna loyang 24 cm @ 91/2 inci
(aku tak tau loyang aku tu berapa ukurannya, ada 2 je kat rumah, cukup ke tak inci dia aku main belasah je)
Bahan bawah:-
2 cawan beras pulut (aku rendam sekejap dlm 10 minit)
75 ml santan pekat
225 ml air
1 sudu teh garam
Bahan atas:-
2 biji telur
125 ml santan pekat
75 ml air
4 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh perisa pandan
1/8 sudu teh pewarna hijau
Cara:-
Sediakan dulu alat pengukus dan pastikan air mendidih.
Basuh beras pulut, toskan dan campur santan, garam, gaul rata.
Pindah keloyang. Kukus selama 20 minit. Buka, kacau rata dan kukus lagi selama 10 minit hingga masak.
Setelah kukus, mampatkan pulut dengan senduk nasi dan ketepikan.
Sediakan bahan bahagian atas sementara mengukus pulut.
Masuk semua bahan dalam pengisar. Keluarkan dan masuk dalam periuk. Bahgian ni takde dalam resipi ibufarzana, aku masak sekejap (ikut macam kakak buat) kemudian tapis.
Tuang keatas pulut dan kukus lagi selama 45 minit. Guna api sederhana kecil. Ketika mengukus, penutupnya kena selalu dibuka untuk mengelakan air drp menitis keatas kuih.
Dah siap........bila2 boleh buat lagi....tak payah beli kat orang. Terima kasih ibufarzana.

1 ulasan:

  1. Kite suke gak kuih seri muka nie... tp sekarang takut plak nak makan pulut... kena sabor tunggu green light dulu.hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)