my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

TALAM PANDAN

Puas rasa hati sebab kuih talam yang ku buat pagi tadi menjadi. Sebenarnya aku fobia sikit kalau sebut kuih talam, tak kira la talam apa pun. Dalam soal kukus mengukus ni aku kurang cekap, lagipun kalau silap apinya terkecil atau besar, lain pula jadi kuihnya. Tadi, aku kukus dengan api yang sederhana je...........


Resepi ni dari Puan Norzailina (aku jumpa di alaf21). Silalah.....sesiapa ingin mencuba!!


TALAM PANDAN
adunan bahgian bawah:-
2 cwn tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
4 cwn air biasa
1 cwn jus pandan
1 cwn gula pasir
pewarna hijau
cara:-
Gaul semua bahan dan kacau atas api (jangan sampai adunan pekat)
Masuk dalam loyang yang di sapu minyak dan kukus selama 25 minit.
adunan bahgian atas:-
3/4 cwn tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3 cwn santan
sedikit garam
cara:-
Gaul semua bahan dan tapiskan. Panas atas api (jangan sampai pekat) dan kacau sekejap.
Tuang perlahan2 atas lapisan bawah dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah sejuk, baru di potong.

BUBUR NANGKA & BEBOLA TEPUNG PULUT


Pagi minggu kami sarapan diluar. Setakat nak makan tiga orang, malas pula nak memasak. Bila tak masak pagi, kenalah masak untuk tengahari kan? Jadi, tengahari tu aku masak lontong, dah lama tak buat kesukaan Aziz ni. Tapi lontong aku takde kuah kacang sebab aku nak kurangkan makan kacang, katanya boleh mendatangkan angin dalam badan.
Petang........aku buat bubur nangka dan bebola tepung pulut, resipi dari buku RASA edisi bulan Ogos. Kita kongsi resipi ni............
BUBUR NANGKA & BEBOLA TEPUNG PULUT
Bahan:-
50 gm nangka
100 gm tepung pulut
20 gm attap seed
200 gm santan
10 gm biji selasih
5 gm daun pandan
100 gm gula batu
2 gm garam
air secukupnya
Cara memasak:-
Tepung pulut di uli dengan air dan sedikit garam. Kemudian dibentuk bulat2 sebesar bola ping pong. (aku takde la buat besar tu......agak2 boleh sekali suap sudah)
Masukan isi nangka ke dalam adunan tepung pulut dan di rebus hingga masak.
Kemudian didihkan santan bersama gula batu dan daun pandan.
Masukkan garam, biji selasih dan sagu. Kacau seketika.
Akhir sekali, masukkan bebola tepung pulut tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
nota: aku takde daun pandan, takde biji selasih dan gula batu. ganti dengan pandan paste, gula pasir je. sedap jugak.........tinggal sikit je dalam peti ais tu.

Seri Muka (bukan petua ye....)


Kuih tradisional yang paling aku suka ialah kuih serimuka. Kenapa dinamakan serimuka? jangan tanya aku..........sejak zaman berzaman, tulah namanya.

Aku memang tak boleh tengok kuih ni.........mesti teringat kakak ku sebab dia yang pandai buat dalam keluarga kami. Sorang lagi yang aku suka beli kat dia bila malam minggu di semenanjung, aku panggil dia 'abang janggut'......hehe....memang janggut dia panjang berjuntai.......tapi, bukan dia la yang buat, dah sah-sah isteri dia buat.

Di kawasan aku tinggal ni aku tak jumpa lagi di pasar tamu kuih ni yang betul2 menepati selera aku. Tengok rupa kuih, memang sedap dan cantik tapi bila rasa............macam2 yang tak kenanya!! Jadi, daripada aku beli tapi menyakitkan hati, baik aku buat sendiri.

Malam tadi, aku tak tolong suami tusyen (selalu aku tolong sikit2, tolong tengokan mana yang tak boleh membaca). Lepas sembahyang maghrib, aku terus kedapur. Sebelum tu aku talipon kakak, tanyakan satu dua perkara untuk kepastian sebab kalau ikut dalam intenet kekadang tak semua lengkap.

Ini resepi daripada ibufarzana myresipi.com. Ada yang aku tak ikut sangat adunannya.


KUIH SERI MUKA
Guna loyang 24 cm @ 91/2 inci
(aku tak tau loyang aku tu berapa ukurannya, ada 2 je kat rumah, cukup ke tak inci dia aku main belasah je)
Bahan bawah:-
2 cawan beras pulut (aku rendam sekejap dlm 10 minit)
75 ml santan pekat
225 ml air
1 sudu teh garam
Bahan atas:-
2 biji telur
125 ml santan pekat
75 ml air
4 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh perisa pandan
1/8 sudu teh pewarna hijau
Cara:-
Sediakan dulu alat pengukus dan pastikan air mendidih.
Basuh beras pulut, toskan dan campur santan, garam, gaul rata.
Pindah keloyang. Kukus selama 20 minit. Buka, kacau rata dan kukus lagi selama 10 minit hingga masak.
Setelah kukus, mampatkan pulut dengan senduk nasi dan ketepikan.
Sediakan bahan bahagian atas sementara mengukus pulut.
Masuk semua bahan dalam pengisar. Keluarkan dan masuk dalam periuk. Bahgian ni takde dalam resipi ibufarzana, aku masak sekejap (ikut macam kakak buat) kemudian tapis.
Tuang keatas pulut dan kukus lagi selama 45 minit. Guna api sederhana kecil. Ketika mengukus, penutupnya kena selalu dibuka untuk mengelakan air drp menitis keatas kuih.
Dah siap........bila2 boleh buat lagi....tak payah beli kat orang. Terima kasih ibufarzana.

Kenapa, mengapa...apa dah jadi?

MAK oiii......tak boleh tahan ni......aku rasa dah satu minggu lebih dia orang tak angkat sampah depan rumah. Nasib baik tak macam minggu lepas............bau menusuk kelubang hidung. Boleh fengsan dibuatnya.......

Boleh jadi ke macam ni tiap2 minggu? Apa la yang dia orang buat ni........agaknya ada sebuah je lori angkat sampah kot?

Ni la yang aku tak suka........hari2 kena fikir, kena jengok2 kat luar tu......macam tunggu boyfriend pulak. Tunggu punya tunggu......tak terjengol jugak......sampah makin menimbun. Orang sebelah rumah pulak tengah renovate rumah dia, jadi dia tumpang letak tong dia kat rumah aku. Bertambah la bungkusan2 depan rumah ku.

Minggu lepas, makcik sebelah tanya bebudak yang angkat sampah........"mana korang pegi? tak datang2 aku tunggu"

"lori rosak cik!!" saje la alasan tu......"pekerja pun tak cukup, ada yang cuti sakit la.." alasan lagi.
Dah tu.......apa alasan dia orang minggu ni?

Kekadang aku kesian jugak kat mereka ni. Dah la keje angkat sampah (nasib baik dia orang nak keje macam ni) pulak tu......takde safety aku tengok.....takde sarung tangan getah, safety boot takde (pakai seliper je) mana la tak sakit, kuman kotoran masuk dalam kuku.

Teringat mak aku kat sana, selalu hulur makanan dan air minuman kat budak2 yg angkat sampah. Seronok dia orang dapat makan free. Kalau la belajar tinggi, dah tentu tak jadi macam tu. Tapi kalau dah semua nak dok dalam pejabat, sape pulak nak keje yang kotor2 kan?

hemm.....nasib....nasib....

Kek Zebra kak zie

sebelum dibakar, begini la rupanya

kek selepas di potong


Pagi tadi aku bangun awal sebab abg Ramli minta buat nasi lemak untuk 30 orang. Sebenarnya plan asal, aku nak masak nasi lemak sambal udang dan rendang ayam untuk makan 4 atau 5 orang je. Dah terlanjur nak buat tu, dia suruh buat sekali untuk budak2 yang nak pergi berkelah di pulau mana tah............

Petang.........aku rasa tak cukup kek carrot tempohari untuk kakak bawa balik semenanjung. Jadi, aku cuba resepi dari kak zie, resepi.net. Nampaknya menjadi............sedap pula....kalau potong pun nampak cantik, licin je.......

Kalau kak zie terbaca blog aku ni, aku nak ucap terima kasih la.......kerana 'cik abe' aku tu pun puji........


Kek Zebra (sumber dari kak zie....resepi.net)
bahan A :-
6 biji telur (gred c)
165 gm gula caster
1 camca besar ovellet
45 gm susu pekat manis
25 gm air
1 camca teh vanila
bahan B :-
250 gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
(ayak 2 x)
bahan C :-
150 gm butter (di cairkan)
1 camca besar Dark Chocolate (aku guna choc emulco)
loyang ukuran 8"
Cara :
Loyang di sapu dgn marjerin. Lapik kertas.
Butter dicairkan, ketepikan dulu.
Panaskan oven 150C
Masukan bahan A dalam mangkuk dan putar 1 minit (jangan sampai kembang)
Masuk tepung, putar dengan high speed selama 10 minit.
Tuang butter yg cair tadi sedikit2 (5 x tuang) dan putar perlahan2.
Pastikan butter tu tak panas.
Bahagikan kepada 2 adunan, warna coklat dan warna asal.
Mulakan melapis, 2 camca besar di tengah2 loyang dan seterusnya. Bahgian ni aku main hentam je. Akhirnya jadi jugak...........


SELAMAT PANJANG UMUR KAKAK

Pukul 8.30 pagi aku dan suami ambil kakak dan abg ipar di hotel Daya Kinabalu

SELAMAT PANJANG UMUR KAKAK

Pukul 8.30 pagi aku dan suami ambil kakak dan abg ipar di hotel Daya Kinabalu, sarapan di Sembulan. Selesai makan dan sembang2, kami terus hantar mereka pulang ke hotel semula. Rupanya........hari ni mereka nak tukar bilik yang lebih selesa (sebelum ni abg ipar ku tak puas hati bilik yg di booking oleh staff dia). Biliknya lebih besar, selesa dan ditingkat 11. Walaupun tinggal beberapa hari je nak balik, kira ok la tu................takde la sempit macam dulu.

Lepas tolong angkat barang kebilik baru, rupanya ada surprise untuk kakak..........ada kek harijadi......laa...aku pun lupa birthday dia. Sedangkan selama ni aku selalu ingat birthday adik beradik. Dalam lima orang adik beradik ku, aku sorang je bulan october (tu pasal lain skit...hehe..) mereka semua sambut birthday bulan julai.

Sambung balik kisah tadi. Rupanya, dia pun lupa birthday sendiri. Kami berempat pun potong kek dan bergambar untuk kenangan dalam bilik hotel. Aku pula tak bawa kamera. Handphone ada tapi nak save kat komputer tu yg problem sikit. Takpe, nanti aku suruh abg Ramli emailkan.

Di sini........aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada mereka kerana selama mereka disini, aku benar2 gembira. Bukan sebab selalu belanja makan diluar tapi aku ada teman untuk luah segala masalah selama berada di Sabah. Sebelum ni hanya handphone sebagai penghubung, tak puas rasanya.

Akhir sekali...........selamat panjang umur dan murah rezeki pada kakak ku yang tercinta. Moga kehidupan kalian diberkati, di rahmati dan kekal berdua hingga keakhir hayat. Amin.

KEK CARROT KURMA

kek baru keluar dari oven........panas lagi.....
sedap rasanya.....walaupun tak banyak gula, disebabkan kismis dan kurma, dah cukup manis



Dalam pada sibuk melayan kakak yang bercuti disini, sempat juga aku buat kek carrot malam tadi. Tapi.......tak cukup satu loyang aku rasa........maklum la.....famili aku disana ramai. Masalahnya nak bawa naik kapalterbang tu satu hal, barang dia banyak pulak tu..........takpe....mungkin kalau dipotong kecil2 dan masuk dalam tupperware akan memudahkan dia.




Resepi kek carrot ni ku ambil daripada kakak kita yang baru2 ni keluar tv3.........sape lagi? Puan Hanieliza la...........tapi aku ubah sedikit sebab ada bahan yang takde kat rumah. Bagaimanapun.......tetap sedap dan aku suka......terima kasih kak Hanieliza.





KEK CARROT KURMA



250 gm butter
150 gm gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200 gm carrot - parut/celur/toskan
100 gm prune cincang (aku ganti dgn kurma)
50 gm kismis
230 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kayu manis (yg ni tak letak, takut bebudak tak suka)




Cara:-

Panaskan kukus. Aku tak kukus sebab lebih suka bakar.

Pukul butter dan gula hingga gebu.

Masukan telur satu persatu dan pukul lagi.

Masuk esen vanila.

Masukan tepung gandum.

Kemudian masukan carrot, kismis dan buah kurma cincang tadi. Gaul sebati.

Lapik kertas loyang yang di lenser minyak dan bakar hingga kekuningan.

Makan dan shopping sakan!!

Kali ni entry aku pendek je, letih sangat ni.........takde idea nak tulis panjang2.Foto2 ni ketika kami pergi makan di Wisma Plaza Tanjung Aru. Boleh tahan juga makanan disini. Walaupun dah 6 bulan lebih aku disini, inilah kali pertama aku sampai ke Wisma Plaza. Itu pun tanpa Aziz. Kalau ada dia memang tak boleh lama2. Dia bukan suka sangat jalan malam.
Kami minum air kelapa (RM3), kueteow goreng, nasi goreng ikan masin, nasi goren paprik dan ayam panggang. Takde la mahal sangat. Bila2 free boleh datang lagi ni......


Ahad lepas, kakak ku shopping sakan. Masa bersiar2 di One Borneo, dia dan suami berkenan pula beli satu set dapur dan periuk jenama 'FRICO'. Lama juga kami disitu. Tau je la kalau pekerja dia orang bercakap, segala2nya nak di terangkan. Sebenarnya aku pun baru guna dapur ni...........sejak raya cina lepas........senang dan cepat memasak.


Masa kami beli dulu cuma dapat free mug, kali ni kakak dapat botol pula, cantik jugak kan........aku yang takde kena mengena pun dapat satu set (2 botol). Kiranya kakak ku balik nanti............penuh la nak jinjing kiri kanan. Tapi takde masalah rasanya sebab pekerja abang ipar ku ramai berkursus di sini. Dia orang boleh tolong bawa barang sorang satu.
Ok la.......aku letih bebenar sekarang ni...........nak baca suratkabar pun tak larat. Lepas ni nak buat kek untuk kakak bawa balik semenanjung pulak.


Award dari Kakrosejambu



Wahhh........dah macam anugerah planet muzik pulak ni........tapi ni anugerah planet blogger....hehe.......



Kakrose bagi aku award nih!! terima kasih ye kakrose........takde la 'nice' sangat blog aku ni.....tapi......aku suka je orang nak bagi........ambik!!

Kejutan dari famili

kopi barley yg dikirim oleh adik ku, kat sini susah nak cari



Hari jumaat lepas aku dapat 'kezutan' dari abg ipar ku. Malam sebelum tu dia call........nak kirim rempah ke tak? apa2 je yg takde dia suruh sms. Dalam hati ku......dia ada kerja lagi kot kat Sabah.......esoknya aku sms kakak, takyah susah2 beli apa2 sebab kat sini pun ada cuma kekadang tu ada juga barang yg takde. Tapi takde masalah............





5 ptg aku tengah goreng cucur badak, ada call........

abg ipar ku rupanya..........."mlm ni kita nak datang makan tau..........4/5 orang kot"



aku....."haa? biar betul ni? kat rumah takde lauk sekarang ni........esok baru nak pergi pasar tamu"



abg ipar........"alah.....masak simple2 je. masak tau!"



Sudip ku letak, terus bersiap cari barang keperluan di Survey (ni je supermarket yg dekat dgn rumah). Tak sampai 1 jam shopping, bergegas balik sebab plan nak masak nasi ayam. Bagi aku nasi ayam paling mudah, tak banyak kerja sangat.





7.30 mlm dia call lagi, tak tau jalan nak kerumah walaupun sebelum ni dia dah sampai. Suami ku pergi jemput. Sampai dirumah ku, barulah aku tau ada kejutan yang di bawa........kakak ku rupanya ada sama. Betapa gembiranya aku dapat jumpa dia, rindu ku pada famili terubat juga. Walaupun mak tak bersama, tak kisah la.........sekurang2nya aku dapat juga mendengar berita keluarga di semenanjung.





Ada satu beg kiriman dari keluarga seperti biskut, rempah, kopi dan paling aku tak sangka, kakak ipar ku kirim roti canai segera buatan mereka. Roti canai abang ku memang sedap dan aku rasa tiada tandingan di kawasan kediaman mak tu.


Malam tu kami makan malam sambil sembang banyak perkara. Walaupun aku penat, aku puas hati dan gembira. Kakak ku bermalam di hotel KK. Bukan aku tak pelawa tapi dia pun faham agaknya, rumah ku ni tak lengkap lagi. Kalau dia tidur sini, aku hanya boleh bentangkan toto......hehe....katil bilik sebelah takde lagi......





Aku harap mereka semua puas hati makan malam di rumah ku. Ye la.......masak takde sedap mana sebab nak cepat. Esoknya kami rancang ke pasar besar KK sebab abg ipar ku nak makan ketam pulak. Ish....ish....baru makan malam, dah rancang nak makan apa esoknya......dia orang ni kalau datang memang suka cari tempat makan yang best2 di Sabah.

Kek Pisang Koko


yang ni tak sabar2 nak rasa, tu yg nampak tak cantik bila dipotong, sebab panas lagi

Dari semalam lagi nak buat kek.........tapi pening memikirkan kek apa yang simple dan sedap. Kebetulan ada beberapa biji pisang mas kat rumah.
Cari2 resepi..........biasa la kat myresipi tu.....macam2 adaaa......berkenan pulak resepi dari Umi-e.
Aku pun tak fikir panjang terus pecah telur dan mesin dengan gula. Bila dah hancur, pi tengok dalam almari, ada tak tepung jagung? Ah...sudah!! tepung jagung takde.............camne ni?
Tengok intenet kejap.......boleh tinggal2 ni buat kek! kat resepi.net ada banyak resepi kek pisang. Apa aku nak ganti tepung jagung yang takde ni? Akhirnya aku ternampak resepi Maklang Azie. Dia tak guna tepung jagung tapi aku tengok dia letak susu tepung 2 sudu. Aku pun tak tunggu lama, bantai je letak susu tepung. Nasib la.....kalau jadi....alhamdulillah.....
Akhirnya...........jadi jugak kek pisang koko ku itu...........minta maaf ye kak-e sebab kakzana ubah suai resepi kak-e tu. Kalau kak-e nak dakwa, mati la aku.......jadi, resepi ni gabungan dari Umi-e dan Maklang Azie.
ni resepi yang aku tokok tambah....
Pisang emas (4/5 biji)
3 biji telur
1 3/4 cwn tepung gandum
(umi guna tepung naik sendiri tp aku campur 1 sudu teh baking powder)
1 cwn gula pasir
1 cwn minyak
garam
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar koko powder
Cara2nya macam biasa la ye..........
Gula dan telur di kisar hingga hancur dan gebu. Masukan tepung, koko powder, susu tepung dll. Last sekali aku masukan minyak. Bakar macam biasa. Dah siap........sedap pulak tu.....

Aku suka....


Setiap Sabtu dan Ahad, aku mesti ke pasar tamu. Biasanya wajib beli nasi lemak untuk anak. Kalau nak buat sendiri pun, sekali sekala ok la.......
Dah lama aku tak beli kuih di sini. Takde yang menepati selera ku. Tambah pula aku tak sihat hari ni.......pening...mata merah pedih....tetiba di satu gerai ni, berkenan pula nak beli kuih ni. Nampak kemas je balutannya dan bersih. Belum pernah makan lagi rasanya. Kalau di Kelantan, kuih ni hampir sama rasa dan rupanya. Cuma di sini balut dengan daun kelapa.
Sedap juga.........aku suka......minggu depan boleh beli lagi ni......
Betul ke nama kuih ni 'jelurut'? kalau silap, tolong betulkan ye......















sign

Maria oh Maria...

foto di rumah Maria

selepas ni mungkin akan ada lagi sesi 'geder2'


Sebelum berjumpa dengan Maria ni, aku dah berbalas sms. Walau tuannya belum ku kenal, aku andaikan dia seorang yang peramah, mungkin........


Takde apa yang aku bawa sebagai buah tangan untuk Maria. Maaf la Maria, barang2 dalam rumah banyak yang takde. Nak buat kek pun tak sempat, lain kali ye......


Hari jumaat tu (pagi), aku dan suami survey dulu kat mana rumah Maria ni. Maklum la, kami baru disini, kalau nak cari rumah malam2, takut tak jumpa. Bila pergi malam sabtu tu.........aku tengok sunyi je......salah rumah ke? Aku tak tau majlis apa Maria buat ni, birthday party kot........rupanya saje nak makan2 dengan kawan2. Hai....rajin betul Maria ni......dah la dia kerja malam..........ada cuti kena layan tamu pulak.....


Lama juga aku dan keluarga dirumah Maria (kami dekat je, tak sampai 10 minit dah sampai rumah) Ada beberapa keluarga yang dijemput seperti Mama Tiara......errm....yang dua orang lagi tu aku rasa jarang jumpa di blog. Mungkin dah lama kenal dengan Maria kot. Paling riuh bersembang dah tentu la kaum suami..........macam dah kenal lama je aku tengok!!


Aku ni pemalu sikit orangnya. Pertama kali kenal rasa kekok juga tapi Maria ni lemah lembut orangnya, tak macam aku......hehe....biasa la orang keje jururawat ni kena la lemah lembut kan? kalau tak....... mau tambah sakit orang dalam wad......


Orang perempuan ni kalau sembang dah tentu pasal kuih, tupperware, anak2 dan hal2 rumahtangga. Riuh dengan keletah anak2. Paling ligat sicomel Damia (anak Isma)


Lepas ni kalau nak buat majlis apa2, kena bagitau awal2 tau Maria. Boleh la bawa buah tangan serba sedikit, takde la datang melenggang je........

nota: Maria......bila2 jumpa nanti, Maria panggil je Kakzana. akak memang lebih tua dari Maria.
tak semestinya anak Maria lebih tua dari Aziz, Maria pun lebih tua dr akak. Mak sedara suami akak tu........anak dia baru je 6 tahun......
jgn risau la.....akak ok je panggil 'kakak'




































Tandatangan!!

post signature

Aku selalu skoding blog cikgu Fadlah.......banyak faedah yang aku dapat dari sini......(promote nih!!). Bukan Fadlah aje, ramai lagi rakan2 lain yang lebih arif tentang komputer, aku dengan tanpa malu tanyakan macam2 soalan. Kekadang rasa bodoh sangat aku ni........

Tadi....aku cuba buat tandatangan......seharian jugak la ngadap komputer. Dah la 3G kat sini mcm siput lembabnya!! Masalahnya, bila dah dapat signature yang aku nak tu, tang nak save ke photobucket yang aku fail. Susah sangat...........aku save di computer dan upload ke photobucket. Lepas tu......haa...yang ni aku blurr.....asyik tak menjadi je....

Apa pun aku akan cuba lagi hingga berjaya..........