my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Biskut Coklat Chip ala Famous Amos (2)

Salam Sejahtera....

Rasa tak sihat badan tak menghalang aku menjalani ibadah puasa dan kerja2 seharian. Dari pagi sampai ke petang aku selsema. Walau bagaimanapun biskut raya untuk ku bawa pulang, siap juga 2 botol. Kalau rajin aku buat lagi. Tapi cukup rasanya. Nanti berat sangat pula bagasi tu......tapi aku nak jimbit je nanti. Faham2 je la kalau naik Air Asia, semuanya duit.

Kali ni aku nak share resepi daripada www.resepiruziatuladibah.com/ terima kasih ye.....

BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS

125 gm butter
150 gm gula perang
180 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil soda bikabonat
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
120 gm coklat chip
60 gm badam berkulit panggang (racik) - aku tak guna badam tapi kacang walnut
3 sudu makan kelapa kering (tak guna kelapa tapi ganti dengan quaker oat)

Cara:-

Pukul butter dan gula perang.
Masukkan telur dan esen vanila.
Masuk tepung gandum yang di ayak sama dengan baking powder dan soda.
Masukkan coklat chip, quaker oat dan walnut.
Jika doh lembik, masukkan dalam peti ais supaya senang di bentuk.
Sudukan adunan dalam loyang pembakar.
Bakar pada suhu 150C selama 25 - 30 minit.

nota: suhu rendah dan masa yang lama untuk memastikan biskut rangup.

9 ulasan:

  1. biskut ni yang cepat habiskan..bukan budak2 aja suka makan.Mak bapak pun suka makan, belum raya sah habis..hehe

    BalasPadam
  2. Sekarang dah musim semekut raya... sedapnye yg ala famous amos ni..kite suka yang ada kacang2 gini...bestnye
    !

    BalasPadam
  3. kakrose...kita buat je, jarang makan.

    BalasPadam
  4. kueh yg sedap tu..tapi kalo nak buat..hee
    teman serender..
    kalau nak merasa dan komplen tu memang pakarlah..
    selamat berpuasa dan berbuka serta semoga segera sembuh dari kesihatan yg kurang baik tu..sabooo

    BalasPadam
  5. salam dan selamat hari raya zana..

    BalasPadam
  6. kcang tu sblum ltak kt biskut prlu digoreng tanpa minak ke?

    BalasPadam
  7. tgk coklat cip nye...perghhh..!

    BalasPadam
  8. saya tukang makan je....buat memang tak pandai

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)