my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

IKAN PUTIH LEMAK CILI API

Salam Sejahtera....

Puasa2 ni tekak kering dek cuaca yang panas beberapa hari sejak lepas berminggu hujan melanda. Biasa la.........masuk je bulan puasa, cuaca kembali menyengat. Otak pun kering, idea menulis mesti tentang masakan je. Sorry la kaum lelaki yang singgah sini, buat korang terliur je......hehe...

Ni lauk berbuka hari ke2 puasa. Simple je, dengan terung di celur cicah sambal belacan. Ikan putih masak lemak cili api dan telur masin.

IKAN PUTIH LEMAK CILI API

Seekor ikan putih yg sederhana besarnya
Santan pekat (1 1/2 cawan atau ikut suka)
cili padi
bawang merah 4/5 ulas
sebatang serai
bunga kantan (dibelah2)
asam keping (sekeping dah cukup)
garam dan kunyit


Tumbuk cili padi dan bawang merah, titik serai dan masukkan dalam periuk berisi santan. Masukkan asam keping, kunyit dan garam. Kemudian masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau jangan sampai santan pecah.
Senang kan? Orang bujang pun boleh masak lauk ni tapi tak boleh makan selalu lauk bersantan. Nanti tak pasal2 berat badan naik dibulan puasa ni, orang nak diet kena kurangkan lemak.

4 ulasan:

  1. Salam kak zana..
    slmat berpuasa, berbuka n bersahur buat akak skuarga..
    wah mmg mengancamlah menu akak..

    BalasPadam
  2. salam dan selamat berpuasa..
    terasa haruman bunga kantan tu zana

    BalasPadam
  3. Salam Zana..

    selamat berpuasa ya..
    menu yg simple, tp menyelerakan.

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam...seri, kakrose dan Nieza..
    Bunga kantan tu yg menyelerakan, akhir2 ni masakan seme nk guna bunga kantan...hehe..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)