my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

NASI AYAM & KEK KEJU STRAWBERRY & NESTUM

Salam Sejahtera....
 Hari pertama puasa dah fikir macam2 nak makan. Ikutkan selera semua nak tapi makan tak banyak mana pun! Fikir2 balik kekadang membazir je kalau tak habis.

Untuk hari pertama puasa, aku ikut selera anak. Dari semalam dia nak makan nasi ayam. Alah....budak2 ni makan bukan bersungguh2, saje je......anak aku pula style makan dia, lauk sikit, nasi lebih..

Jadi hari ni aku nak tayang nasi ayam aku masak. Walaupun sebelum ni dah berpuluh2 kali aku masak, baru ni aku upload gambar kat blog. Tapi nasi ayam ni lain sikit dari biasa yang aku masak. Aku tiru macam nasi ayam hainan......hehe....tak salah kan? ubah sikit je......

NASI AYAM

2 cawan beras (kalau famili aku, ni dah kira banyak, biasa segelas je...gelas plastik)
2 sudu mentega/planta
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
Ayam (sebelah je, perap dgn halia, bwg putih, bwg merah, garam dan lada sulah)
Stok ayam (seketul)
Sup bunjut (biasa guna adabi)
Kulit kayu manis, buah pelaga
daun bawang untuk sup
Timun dan tomato
Daun salad
Sos tiram dan kicap manis

SOS CILI

2/3 biji cili merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
limau nipis atau cuka (saya guna limau)
air rebusan ayam/sup
gula dan garam


Selepas ayam di perap, masukkan dalam periuk yang berisi air. Rebus bersama sup bunjut, stok ayam, kulit kayu manis. Aku selalu masukkan juga fishball beberapa ketul sebab anak memang suka ni. Letak garam dan ajinomoto. Setelah masak atau ayam lembut, angkat dan toskan. Perapkan dengan sos tiram dan kicap manis. Nak letak madu lagi sedap. Kemudian ayam ni di goreng atau panggang dlm oven, ikut selera masing2 la...seeloknya ayam jangan dipotong kecil sebelum merebusnya. Lepas panggang atau goreng, baru di potong.


Untuk sos cili, mesinkan cili merah, bawang putih, halia bersama gula dan air rebusan ayam. Kemudian perahkan limau atau cuka. Dah siap. Bolehlah letakkan bawang goreng dan daun sup kedalam sup kita tu. Hiasi dengan salad, timun dan tomato.


Memasak nasi pula, basuh dulu beras kita tu. Panaskan periuk, masukkan mentega dan tumis bwg merah dan bwg putih. Ambil air rebusan ayam atau sup tadi dan masukkan bersama dengan beras tadi. Jika kurang mentega/planta, boleh la tambah sebelum nasi kering.

lupa pulak nak ambil gambar dengan mangkok sup aku tu......




KEK KEJU STRAWBERRY DAN NESTUM


Resepi ni aku ambil dari majalah Sridewi Keluarga bulan julai. Sebenarnya aku tak puas hati lagi sebab nestum yang di bawah kek tu pecah berderai, dah macam makan pasir rupanya. Bagaimanapun aku share juga gambar dan resepi di sini. Mungkin silap aku kot, tak tekan betul2 nestum hingga padat. Takpe lain kali nak cuba lagi.......


Bahan2:-

500 gm krim keju
120 gm gula kastor
80 gm pes blueberi (aku guna strawberry)
20 gm serbuk gelatin (cairkan dgn air panas)
1 peket buah blueberry (yg ni takde, aku guna jem blackberry)
1/2 liter krim putar


Lapisan bawah kek:
200 gm serbuk nestum (dikisar halus)
40 gm mentega (di cairkan, mungkin kena tambah lagi)


Cara2 membuatnya:

a. Putarkan krim keju bersama gula secara perlahan.
b. Masukkan pes strawberry/blueberry, gelatin yang dicairkan dan putarkan hingga sebati.
c. Masukkan krim putar yang telah dipukul kembang. Biarkan adunan sebati.
d. Campurkan serbuk nestum yang telah dikisar dengan mentega cair, uli dan perapkan kedalam acuan kek.
    Tekan hingga betul2 padat, sejukkan.
e. Masukkan adunan kek tadi dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


walau tak cantik, aku tetap bangga!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)