my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jom makan Lepat Ubi kesukaan ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku makan lepat ubi kuih kesukaan ku. Sebenarnya aku tak pandai sangat buat lepat ubi tapi kebetulan tadi kakak ku talipon, langsung ku tanyakan resipi yang selalu dia buat.

Ubi ku beli di pasar besar sekilo RM1.50 je, kira murah le tu. Ikutkan aku ni tak pandai pilih ubi kayu, selalu ku beli mesti terbuang begitu saja. Tadi lepas beli, tak tunggu lagi, terus parut. Perah ubi yang diparut dengan kain bersih.

Masak air gula melaka campur dengan gula putih. Ubi ni kuat makan gula, kalau tak manis tak sedap pula.  Masukkan sedikit santan dan tiga atau empat sudu besar tepung pulut. Gaul rata dan dah boleh bungkus dengan daun pisang yang dah di salai.

lepas di kukus.......cantik tak balutan lepat tu? hehe......kalau balut macam ni aku memang pro...

huhu......dua keping aku bedal lepas keluar dari periuk kukus, memang teringin sangat........

4 ulasan:

  1. Waaa..kuih ni peberet kita gak tau..tp tak pnag wat sendiri..

    BalasPadam
  2. Salam zana :)

    ct suka juga dengan lepat ubi ni. kalau dulu duduk kat kg sure mesti suruh MIL yg buat, pastu amik ler lebih2 dlm piring makan sorang2..hihihi

    BalasPadam
  3. Nieza..tak reti buat kena belajar sb kat Sabah susah nak jumpa..

    BalasPadam
  4. CT...amboi, kesayangan MIL ye? sekali sekala boleh la kan?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)