my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Ayam Minang Ibundo


Ayam masak minang ni kakpb buat semalam. Makan dengan nasi impit, sedap sangat. Walaupun pedas cili padinya, anak-anak jiran kakpb makan bertambah-tambah. Kakpb jemput orang sebelah makan malam sebab dia nak pindah rumah, katanya tuan rumah dah bagi notis dalam bulan puasa hari tu. Kesian juga dengar cerita dia. Gitulah tuan rumah sebelah ni, asyik bertukar orang je. Alasan dia, nak jual rumah tu. Sejak menetap di sini, entah berapa penyewa bertukar ganti. Semuanya baik dengan kakpb. Sedih pula nak berpisah dengan mereka sebab jiran kakpb ni baik orangnya. Kalau ada apa-apa masalah dia tak pernah tolak membantu. Harap-harap lepas ni kami tetap berhubung lagi.

Ok, ayam minang ni resipinya dari Dapur Ibundo. Tapi gambar ayam bundo terang cantik je, gambar kakpb ni agak kelam mungkin sebab malam, ambil pun tergesa-gesa. Kakpb minta izin bundo copy paste resipi ye.......terima kasih banyak sebab kakpb suka sangat ayam masak macam ni.

AYAM MINANG
oleh: @blogsurirumah
sumber: Dapur Ibundo

4 ekor ayam
2 inci lengkuas*
2 inci halia*
seketul kunyit (agak-agaklah) *
4 biji bawang besar (sederhana besar)*
6 ulas bawang putih*
8 biji buah keras*
6 biji cili merah* (tambah sekiranya mahu pedas)
12 biji cili api* (tambah sekiranya mahu pedas)
8 batang serai *
2  helai daun kunyit *
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya *
2 biji kelapa di asingkan santan pekat dan santan cair
1 cube stok ayam
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
1/4 cawan minyak untuk menumis

 Cara:
Bersihkan ayam daan toskaan airnya.
Blender semua bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender. Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering.
Masukkan ayam.  Biarkan air ayam keluar dan kering.
Masukkan separuh santan cair.  Kemudian masukkan santan pekat garam dan cube ayam.
Masukkan asam gelugur apabila kuah mendidih.
Masak sehingga kuah pekat.
(nota: santan cair guna separuh sahaja)


Kakpb buat seekor ayam saja, sukatan bahan di kurangkan.


Semalam juga kakpb mencuba kek puding karamel, aduhai.......tension mension di buatnya.....bukan salah orang lain, salah diri sendiri. Ada ke patut putih telor bancuh sekali dengan gula castor? Memang cari pasal ler......ginilah rupa keknya.......




huhu......sadis sungguh!!

2 ulasan:

  1. assalam k.pb
    sedapnya ayam ni..
    tak apa cuba lg yek mesti cantik kek karemel tu

    BalasPadam
  2. hahaha. takpe.. bab kek puding karamel tu, boleh dibuat lagi.. belajar daripada kesilapan. baru2 ni pun mak saya tersalah buat ouding karamel.. cair betul

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)