Pernah main mercun ketika hari raya? Mesti pernah kan......masa kecil, masa remaja dengan kawan sebaya, ketika balik kampong.....
Kakpb tak biasakan anak main mercun, paling-paling pun bunga api je, itupun ada had. Selalu kakpb bebel, main mercun tu sebenarnya bakar duit, membazir, takde faedahnya. Lain la orang cina yang ada sebab musabab.
Ketika raya rumah adik kakpb baru-baru ni, emak ada buat makan-makan walaupun ketika itu dia puasa enam. Saja dia buat hari terakhir dia habis puasa. Macam-macam hidangan ada tapi kakpb lupa nak ambil fotonya. Entah macamana boleh lupa. Mungkin sebab dah berjumpa ramai-ramai tu, semuanya dah tak ingat. Hilang ingatan kejap........
Lepas makan-makan, anak saudara kakpb yang sulung ada bawa mercun dua batang. Ni yang besar punya, yang naik tinggi ke langit macam selalu kita nampak bila ada perayaan di stadium tu.
Dia pun pergi la cucuk tengah laman, kami perhati dari jauh. Kakpb cadang nak ambil gambar masa meletup tu. Bila dia dah nyalakan api, kakpb nampak panjang betul langkah dia lari, takut kena serpihan api mercun. Apa lagi......kakpb pun lari sama.....hilang kisah nak ambil gambar.
Tapi kan......peliknya......bunga api tu bukan naik ke atas, dia hanya berpusing atas tanah dan terus senyap dalam beberapa saat. Kita orang pun pelik, kenapa jadi macam tu?
Apa lagi, pecah perut kita orang gelak bila ingatkan balik semua orang bertempiaran lari. Nampak sangat famili kakpb tak biasa main mercun.
Bahaya sebenarnya kalau tak pandai main. Ingat dulu ketika Chinese new year di KK, sorang bangsa cina yang mukanya hancur kerana mercun. Bukan saja hancur, malah terus menemui ajal. Kakpb rasa baik haramkan terus mercun ni dalam Malaysia. Kalau bangsa lain nak raikan perayaan mereka, buatlah dekat satu kawasan yang di khaskan. Pastikan ada ambulance, bomba, doktor dan sebagainya di situ.
Abang ipar kakpb siap pasangkan lampu, macamlah nak main banyak mercunnya.....
hahahahhaa..masing2 takut.hee
BalasPadamteringat kecik2 dulu main bunga api tapi meletup bunga api tu...sampai skrg fobia...
BalasPadamtakut nak main mercun... bunyinya kuat sangat.
BalasPadammengimbau kenangan silam:)
BalasPadamkecik2 dulu..
salam,
BalasPadamphobia main mercun ke bunga pi ke sbb masa kecik dulu sepupu pernah terjatuh bunga api yg besi tu atas kaki. berparut sampai tua ... nasib kat kaki :)
kak..saya pun pernah tengok org main mercun yg besar tu....memang seram tengok sebab kena pegang dgn tangan sambil dia meletup ke atas...risau je kot2 mercun tu tersumbat ke..memagn yg tukang tengok pun duk jauh je..kekeke
BalasPadamakk..usah kata nk main..tengok pun dah takut.rugi anak2 akk takde peluang main mercun masa diarang kecik2.nak main bunga api boleh tapi ada hadnya.bak kata zana..bakar duit..huh
BalasPadamsetakat main bunga api tu ada lah...
BalasPadam