my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Warkah buat SUAMI

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan....
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, isteri yang kamu nikahi....
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah....

Isteri mu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita.......menjadi SOLEHAH.

Perkahwinan......mengajarkan makna kewajipan bersama, isteri menjadi TANAH...
Kamu langit penaungnya....
Isteri menjadi LADANG tanaman,
Kamu pemagarnya...
Isteri ibarat TERNAKAN, kamu GEMBALAnya
Isteri adalah murid
Kamu GURUnya
Isteri bagaikan anak kecil
KAMU TEMPAT BERMANJANYA

Saat isteri menjadi MADU, kamu teguklah sepuasnya
Saat isteri menjadi RACUN, kamulah PENAWAR bisanya
Seandainya isteri tulang rusuk yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya

Perkahwinan menyadarkan kamu perlunya IMAN DAN TAKWA
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA
Kerana kamu miliki isteri yang tidak SEHEBAT mana....
Hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah....

Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah RASULULLAH
pun bukan Saidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh


sumber dari horiahzahidah.blogspot tapi kakpb tak dapat linknya untuk di kongsi...

6 ulasan:

  1. cari button fb LIKE tak jumpa lak.. apapun memang indah sangat bait2 ayat dia & sangat2 penuh pengisian..

    BalasPadam
  2. sesuai utk suami kan kak:)biar diorg faham.

    BalasPadam
  3. salam lebaran kak... suka lak baca warkah buat suami ni...tq 4 sharing ;)

    BalasPadam
  4. Semua suami patut baca entri akak ni.. :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)