my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Seram Sejuk...Cold Light Of Day

Hari Sabtu......anak bujang takde, hantar rumah opah dia, dah rindu sangat dengan anak opah agaknya. Sejak puasa hingga raya, sebulan lebih tak jumpa. Ibu dengan ayah berdondang sayang........tengok wayang.

Sampai je rumah (sekolah ganti semalam) terus ajak tengok wayang. Suka tau ajak kita mengejut gitu. Terus booking online, cerita Cold Light Of Day. Senang....sampai terus ambil tiket dan masuk dah ada tempat. Kali ni sebab kejar masa dari rumah pukul 4.10 pm, wayang start 4.30 pm, takde beli popcorn atau minuman. Macam ribut cikgu fahmi bawa kereta, sampai panggung cerita dah mula sikit, mungkin dalam 5 minit gitu.


Best cerita ni, tak rugi pergi tengok. Dari mula start hingga habis, bergerak pantas dan tidak menjemukan langsong. Cuma frustnya Bruce Willis yang jadi bapa kepada Will (nama dalam filem) sekejap je wataknya. Kakpb ingatkan dia heronya.....kakpb minat sangat dengan dia. Kisah berkisar tentang Will yang berusaha menyelamatkan keluarganya yang di culik ketika bercuti di Spain. Selebihnya kena tengok sendiri....:)

Seram Sejuk tu pula kakpb tengok di Alamanda tempohari. Pergi bertiga dengan anak saudara yang kat UITM. Kesian dia, cuti-cuti memerap je kat rumah. Ceritanya lawak biasa-biasa je, lawak orang Melayu. Kakpb rasa kekadang over, kekadang ok. Cuma seramnya tu ada terasa bila keluar watak si hantu perempuan tu. Ada jugalah yang tutup muka ketakutan........

Sekian....selamat menonton.


Gambar kakpb snap ketika melalui Tanjung Lipat, hujan hampir turun dan kelihatan ada awan seolah jatuh di hujung sana (nampak tak putih2 kat bukit tu?)



Pagi yang gelap semalam, rasa langit seperti nak merangkum bumi. Sepanjang jalan snap gambar.

12 ulasan:

  1. Dah lama kakcik tak masuk panggung wayang...

    BalasPadam
  2. Rajin Zana masuk panggung... kita dah lebih 20 tahun tak masuk pangggung he he he hehh

    BalasPadam
  3. hentak hentak kaki bila org cerita pasal movie. ah balik dulu ah

    BalasPadam
  4. Wah sempat tu dating tengok movie ye.. Gambar tu cantik.. Tanjung Lipat tu kat daerah mana kak?

    BalasPadam
  5. @kakcik
    anak dah besar ni, boleh la kakcik masuk panggung..

    BalasPadam
  6. @Nur-nba
    tq Nur...Tg lipat area Kota Kinabalu juga.

    BalasPadam
  7. saya pun tak puas hati sebab watak bruce willis sekejap sangat

    BalasPadam
  8. Kak... mmg menakutkan suasana semalam pkl 6 dah mcm pkl 8 mlm.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)