my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan pari bakar bersambal

Rasanya dah lama sangat tak update blog dengan masakan. Hari ni kakpb dah mula masak-masak seperti biasa. Anak bujang kakpb teringin benar makan ikan pari. Masa balik Kelantan tempohari, singgah bazar Ramadhan sana, banyak betul ikan pari panggang. Dia tanya, sedap ke? Ibu dia masak selama ni dia tak pernah sentuh.

Biasanya kakpb masak asam pedas daun kesum ikan pari ni. Kali ni panggang bersambal. Caranya kakpb ikut macam CMG, cuma ubah sikit-sikit. CMG guna bunga kantan, daun kunyit, santan....tapi kakpb tak guna tu semua. Kakpb main ikut suka je.....

Ikan pari kakpb perap dulu dengan sos tiram, bawang putih dan sedikit gula. Kemudian tumiskan bahan2 kisar, balutkan pada ikan tadi dan gulung dengan daun pisang. Bakar atas kuali leper atau oven.

Bahan kisar:
4 biji cili hidup
2 biji bawang putih
sedikit halia
1 biji buah keras
3 biji limau kasturi, perah dalam sambal
2 batang serai (di hiris saja, tak perlu kisar)

Suka sangat si bujang kakpb tu makan. Bakar 2 potongan ikan (masa beli ikan ni besar), belah malam tu dia siap ulang makan dengan ayahnya. Inilah kali pertama dia merasa ikan pari. Anak kakpb memang agak susah mencuba makanan yang dia tak biasa. Bukan macam setengah budak yang pantang di hulur makan, semua menganga. Sejak kecil dia tak suka bubur dan benda yang lembik-lembik melainkan susu yang dalam botol. Nestum pun tak sentuh.

Sekarang ni barulah nak merasa itu ini. Alhamdulillah, ada perubahan. Takdelah ibunya susah memasak lepas ni.

15 ulasan:

  1. Budak Sepet pun suka makan ikan pari bakar. :)

    BalasPadam
  2. anak saya hantu ikan pari.. masak apapun dia balun, hehehe

    BalasPadam
  3. Keluarga kakak ni zana lebih suka ikan stim dan bakar. So kalau macam yg zana buat nie mesti macam bujang zana jugalah kami makan... sedapnya.

    BalasPadam
  4. wow Kak Zana..mgancam tgk ikan pari bakar tu...mesti sedap rasanya tu...aduhhh terliur dibuatnya

    BalasPadam
  5. sedapnye kak zana.lama tak makan pari bakar ni.terus rasa lapar dah ni.mana mau cari pari bakar lunch nnt ye...pikir2 ni

    BalasPadam
  6. sedap jer nmpk...sll jgk beli...ikan pari msk asam pedas pun sedap..

    BalasPadam
  7. kalau bab ikan pari ni ,bonda wani yang suka makan ,,wani x berapa lak hihi..

    BalasPadam
  8. pergghhh sedapnya ikan tu kak zana, Liza ni apa2 ikan kalau msk cmni mmg peberet la....menitik air liurku...hihihii

    BalasPadam
  9. Cantik kkejadian ikan pari bakar tu... saya tengok pun sempat terliur di Zana oiii!

    BalasPadam
  10. dah lama tak makan ikan pari ni..wah.. sedapnya...

    BalasPadam
  11. waa..sedapnya,leh try resipi neh..
    hhehehe..apapun akak,lambat ana jenguk sinikan..dikesempatan ni ana nk ucapkn selamat ari raya...ok kot kn.kita rya sbln kan hehehe...

    BalasPadam
  12. Bestnya kak... Lapar terus perut ni.. Nur suka ikan pari bakar.. :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)