my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Apam Dot Dot

Lama tak update pasal makanan kan? Apam ni kakpb buat hari minggu yang lepas, masih ada lagi dalam peti, saja frozenkan. Bila nak makan senang, tinggal kukus balik

Taknak bebel panjang, tuuuu....kereta buat hal lagi....cikgu fahmi meneleku kat bengkel, silap-silap kena cuti hari ni sebab takde transport.

Apam Dot Dot
oleh: @blogsurirumah
sumber copy paste: Hana Memories

.Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Terima kasih pada tuan punya resipi yang asal, samada kenal atau tidak kerana sudi berkongsi resipi ni. Begitu juga pada mereka yang telah mengubah suai resipi dan memanjangkannya.

17 ulasan:

  1. Seperti biasa - kakcik hanya suka makan je! :)

    BalasPadam
  2. cantik. pandainye kamu buat

    saya follow kamu

    BalasPadam
  3. mmm..dah lama tak buat..kalau buat nti, banyak pulak yg masuk mulut..tak catu2 dah..

    BalasPadam
  4. mm..sedap dan cantik apam dot2 tu..
    saly singgah n follow sini..
    salam kenal ye zana..^_^

    BalasPadam
  5. kereta kalo buat perangai gitu ler...

    apam nmpk sedap :)

    BalasPadam
  6. salah satu resepi yang menjadi favourite kita ni, Kak Zana... seronok mendot dot kan..

    BalasPadam
  7. Assalam kak zana,
    wah ada apam dot dot kat sini..rajin akak mengdot....ada lebih tu poslah kat sini..hehe

    BalasPadam
  8. Assalam zana, hari ni akk pun buat apam dot dot ni, sikecil suka sangat mkn, cantik apam tu

    BalasPadam
  9. salam kak zana,
    zila dah lama jgk rasanya x buat apam dot2 nie..rajin btl akk kan..cantik2 pulak tue.

    BalasPadam
  10. salam kak zana,
    zila dah lama jgk rasanya x buat apam dot2 nie..rajin btl akk kan..cantik2 pulak tue.

    BalasPadam
  11. adeh.. nampak sedap la..

    p/s : ada sesuatu yang baru la kat blog ni.hehehe

    BalasPadam
  12. Aslmkum k.Zana.comei apam dot-dot k.Zana ni...
    Nampak menarik Karambunai itu...tp yg menarik laginya nengok K.Zana naik basikal dg cik abe tu...

    BalasPadam
  13. Dah lama Nur berangan nak buat sendiri.. Tapi sampai hari ni masih tersimpan rapi je resepinya.. :)

    Kak Zana sihat?? Hope akak sihat, ceria dan gembira di sisi keluarga.. :)

    BalasPadam
  14. Suka makan apam polka dot tpi tak pandai buat..hehe
    Teringin nak buat tapi tak rajin la pulak.
    Thanks for sharing this recipe..

    BalasPadam
  15. sedapnya...cr tak pandai buat...makan suka jugak...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)