my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

lagi Karambunai

Jangan jemu ye, tak habis-habis lagi nak share gambar di Karambunai tempohari. Bukan apa, manalah tau kot-kot ada kawan-kawan yang nak bercuti di sini.

Ni foto sebelum check out, masa check in takde mood nak bergambar sebab letih. Dari rumah ke Karambunai ni cuma 30 atau 40 minit je, boleh kalau nak balik kejap ambil barang tertinggal.....:)

Aktiviti paling best ketika melukis batik. Mula-mula nak ambil sorang satu tapi memandangkan kami keluar dah lewat sikit, banyak dah kena ambil oleh pelancong lain. Jadi ambil satu je, itu pun gambarnya takde pilihan. Sekeping RM15, lepas kaler biarkan jemur sekejap. Leka pula melukis batik ni, rasa macam nak kerja kilang batik la pulak.....



Tu diaaa....cantik tak?


 Ni pula di ruang makan bersebelahan dengan kolam renang, sarapan pagi......lepas tu ayah dengan anak terus kecebor dalam kolam. Kakpb tak kuasa nak layan, lepak kat bilik lagi best.

Paling best dapat kayuh basikal keliling taman....:-bd....rasa nak guling-guling dapat naik basikal. Kebetulan basikal yang di sewa tu baru sampai, ada bau kedai lagi, masih balut plastik....satu jam RM10. Kakpb kayuh selagi ada trek kat situ.....huhu...padahal basikal tu sewa untuk anak bujang, ibu dia pulak yang belasah. Lepas ibu, ayah pulak tenggek....jahanam basikal orang.



 Jangan muntoh hijau ye.....aksi ni usah ditiru oleh mereka yang belum bernikah. Duduk tu pun bercover, takut patah basikal orang:))




Weiiii!! nak bawak mana basikal tuuuuuu? balik siniiiii.....huh!!

Sebenarnya........

kakpb tipu-tipu korang......:( kakpb tak pandai kayuh basikal......X(


nota kakpb: bagi yang inginkan cuti-cuti Sabah, boleh tengok Kasih Sayang ResortPulau MabulBukit Trig SandakanMesilau Dream World ResortKampung Luanti RanauHot SpringOcean King SandakanTawau, Gaya Street, Kota Belud, Tanjung Aru, Kundasang, Mount Kinabalu View.
mungkin penulisan kakpb masa tu tak begitu lengkap tapi harap dapat membantu mereka yang nak bercuti di sini.












19 ulasan:

  1. Wahhh..cantiknya pemandangan kat situ..
    Kakzana,saya pun tak pandai bawak basikal jugak... Tp nk naik tak da sapa nk bwkkan..sbbnya tak larat nk kayuh nnt kalau saya jd penumpangnya..huhu

    BalasPadam
  2. alahai cantiknya pemandangan kat sana..
    bila agaknya nk sampai sana.. hihi

    BalasPadam
  3. hehehehe. lame dah tak naik beskal. macam best dpt canting batik :)

    BalasPadam
  4. Zana kakak ingatlan betullah zana pandai kayuh basikal. Kakak nak jeles tak jadi sebab kisahnya kita nie sama hihi...

    Romantiklah gambar naik basikal tu. Kakak suka tengok:)

    BalasPadam
  5. @ainnoraini
    kalau soh belajar akak tak hingin, sakit bontot je...

    BalasPadam
  6. @QasehnyaRania
    ada tiket murah airasia skrg ni, cubalah...

    BalasPadam
  7. @Rapunzeel Cikilolo
    memang best....rasa nak buat tu seharian pulak.

    BalasPadam
  8. @Kakzakie
    laaa...sama la kita ye, bawak kereta boleh, basikal yg simple tu tak reti nak kayuh. terima kasih kakzakie, sebenarnya kami ni taklah romantik sgt, sesekali adalah.

    BalasPadam
  9. Walaupun sy org Sabah, tapi belum semua tempat berpeluang nak pergi..huhu

    BalasPadam
  10. kita boleh muntah sampai keluar basikal kalau tengok gambar kepit tu tau, wkwkwk..

    bestnya, kita selalu fikir2 nak ke Sabah tapi tiket flightnya mahal ya amat, tak mahu turun2 .. huhuhu

    BalasPadam
  11. salam k.zana.....kami plan nak jelajah sabah akhir thn ni. bagus gak N3 akak ni atleast bg idea skit. ros pernah smp sipitang, lawas & KK je sblm ni. harap2 bjaya conquer sabah, amin2x.

    BalasPadam
  12. Mmg teringin nak ke karambunai...x tau la bila..really nice the place n the hotel

    BalasPadam
  13. seronoknya dapat pegi tmpat secantik karambunai :) jmput follow kmbali :)

    BalasPadam
  14. thnx kak zana...tp kan jauh tak karambunai dr kk?

    BalasPadam
  15. bestnye kak Zana dpt kayuh basikal gitu..view kat sna pon sgt cntik..

    BalasPadam
  16. uish.. cantiknya pemandangan kat sana.. wah.. terkesima kejap.hehehe

    BalasPadam
  17. karambunai...cantiknye...naik basikal gitu romantiklah:)

    BalasPadam
  18. seronoknya dpt canting batik sendiri...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)