my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Lepat pisang atau belebat


Lepat pisang dah lama kakpb buat tapi takde mood nak update resipinya. Sebab takde mood? sebab dah ramai yang tau .......cuma di ubah suai sedikit mengikut apa yang emak kakpb selalu buat.

LEPAT PISANG/BELEBAT

1 sisir pisang emas
3 keping gula melaka
1/2 cwn santan pekat
Tepong gandum secukupnya
Daun pisang

Lenyek pisang hingga hancur.
Masak gula melaka/kabung, masukkan dalam pisang.
Masukkan santan pekat dan tepung gandum.
Jangan terlalu banyak tepung, nanti lepat keras tak sedap.
Gaul sebati, kakpb buat adunan tu agak cair sedikit.
Sendukkan dalam daun pisang dan balut kemas.
Kukus dalam 20 minit.

10 ulasan:

  1. Lepat pisang laaa. Laju2 masuk bila tgk reading list td. Lama jg sue xmkn lepat pisang. Klu beli, ssh nak dpt lepat pisang yg sedap. Lepat pisang ni, sue suka simpan dlm peti ais dl. Mkn sejuk, sedap. :D

    BalasPadam
  2. Kakcik suka lepat (tak kira pisang/labu/ubi) yang ada inti di dalamnya. :)

    BalasPadam
  3. belebat ni la sedapnya. nak pulak yang mak masak, baru keluar dari kukusan. perghh..mencabar deria rasa betul ni. srtttt

    BalasPadam
  4. alamak kecur air liur dibuatnya
    kak, selain pisang emas, pisang apa lg boleh
    pisang montel boleh tak?

    BalasPadam
  5. salam k.zana ku rinduiiiii....
    lepat pisang mmg fav ucu..tapi selalunye arwah mak buat guna tepung beras n campurkn sikit tepung gandum....
    tapi bila anak arwah ni dah besar pjg..... cuma pandai beli yg dah siap jer......hahaha...kesian kan ucu..

    BalasPadam
  6. minat gak dengan lepat pisang tapi tak rajin buat sbb anak-anak tak suka..baik beli ajer 3 keping kongsi dengan hb

    BalasPadam
  7. Zaman Nur kecil dulu..bonda sangat rajin masak lepat pisang dan nagasari..Masa tu pisang..tanam sendiri..Sedapnya Kak Zana..nak satu..hehe

    BalasPadam
  8. wah... terlapar da pagi2 ni,.apa yang nak makan ni.hahaha

    BalasPadam
  9. alaa akak...tgk ni dh terliur hehehe..makan lak klu time hujan2 ni kan..urmm memang sodaplahhh....

    BalasPadam
  10. sy pon peminat lepat.. 1st time dlu makan lepat pulut hitam.. sedapnye la..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)