my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Rendang Ayam Minang di Idul Adha




Hati sayu mengenang orang jauh
Moga mereka di sana juga tak lupakan diri ku

Salam Idul Adha dari kami sekeluarga
Moga persahabatan sentiasa kekal hingga bila-bila.



Rendang Ayam Minang hidangan pagi raya
Di sulami dengan lontong, kuah kacang dan lodeh
Jemput makan kawan-kawan semua
Hidangan sedikit, tak dapat nak agih

Resipi rendang ayam minang ni berlambak kat internet, search saja........memang sedap, cuma kakpb tak cukup bahan seperti lengkuas dan daun kunyit. 

RENDANG AYAM MINANG
oleh: blogsurirumah
copypaste: Pautan Kasih
* 1 ekor ayam kampung - klu tak de ayam bandar pun ok! dipotong 8
* 5 ulas bawang putih - dikisar
* 10 ulas bawang merah - dikisar
* 30 biji cili api - dikisar
* 2 inc halia - dikisar
* 4 batang serai - 2 kisar 2 lagi dititik
* 1 inc lengkuas
* rempah tumis - 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
* 1 sudu teh jintan manis - kisar serbuk pun boleh
* 1 sudu makan lada hitam - kisar serbuk pun boleh
* minyak
* sebiji santan kelapa
* 2 sudu makan kerisik
* garam dan gula secukup rasa
* daun kunyit dimayang
* 2 kiub ayam - ita tambah

* 1 sudu kecil serbuk kunyit - ita tambah

 Cara:
1). Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.
2). Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.
3). Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.
4). Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk hidangan.




11 ulasan:

  1. Thanks share resipi. Boleh cuba nanti

    BalasPadam
  2. asslam zana..selamat menyambut hari raya qurban

    BalasPadam
  3. selamat hari raya aidiladha kak :)

    BalasPadam

  4. rendang special untuk sekeluarga..membuka selera..
    selamat hari raya Aidil Adha..

    BalasPadam
  5. As salam Zana,

    Sedap nampaknye rendang tu... Lain org lain caranya kan... nnt Marya nak trylah buat rendang mcm ni... menarik :)

    Salam Aidiladha :)

    BalasPadam
  6. Dah lama TK x mkn rendang ayam minang ni...mmm...yummy...selamat hari raya aidil adha k.pb :)

    BalasPadam
  7. Salam Aidiladha buat Kak Zana sekeluarga... Sedapnya menu akak ni..♥

    BalasPadam
  8. salam aidiladha..tq share resepi.akk ni jenis malas nk google cari resepi.klau terjumpa cmni akk terus kopi pes je..heheh.

    BalasPadam
  9. slmt ariraya qurban makk tuuu.. eeeEee

    BalasPadam
  10. sedapnye rendang cicah dgn lemang yg memang feberet kita tu he he

    BalasPadam
  11. yumyum..thanks for the recipe..hee...blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)