my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tahniah anak ku!

Assalammualaikum semua teman yang dikasihi.....

Alhamdulillah, kakpb sudah pun sihat ketika ini, dah pun berjalan ke shopping komplek beberapa hari lepas. Terima kasih kerana mendoakan kakpb. Minda juga agak segar. Tambah pula dalam fikiran ni asyik memikirkan keluarga di semenanjung dan hari nak balik tu semakin dekat.

Taknak la cerita panjang sangat. Nanti orang kata nak menunjuk-nunjuk pula. Cuma nak ucap tahniah pada anak bujang kakpb. Team bolasepak dia dapat nombor tiga mewakili UMS untuk Pesta Bolasepak Kanak-kanak, sponsor oleh Carino.

Dapat medal, piala, t-shirt carino 2 helai dan wang saku RM20 tiap seorang (satu team 4 orang) Berbaloi dapat tempat ketiga kerana anak kakpb baru dua kali datang klinik ni. Lawannya pula memang bukan calang orang, budak-budak sekolah sekitar KK yang memang dah terlatih.

Katanya, dapat pujian dari coach, boleh jadi pemain bolasepak yang baik dimasa akan datang. Itu komen coach dia. Komen ibu dia pula, anak kakpb ni kurang stamina. Dia ni bukan jenis pemakan orangnya. Kalau sekali makan, dia jarang ulang-ulang. Bila kat padang, nampak sangat cepat pancit!



Masa ni kami tengok dia main tepi padang. Nampak macam dia kekok, mata asyik nak tengok ayah dia je........nampak gayanya lepas ni kami akan datang tanpa pengetahuan dia.



Tahniah! ibu dan ayah bangga sangat dengan Aziz. Lepas ni kena tambah stamina, rajin berlatih dan paling penting walau apa pun sukan yang diminati, jangan sampai mengabaikan pelajaran di sekolah.

29 ulasan:

  1. tahniah aziz...

    memang betul kadang2 ada org yg gemuruh n rasa serba tak kena kalau ada parent atau org yg hampir dgn dia tengok masa game...sbb paksu dulupun (masa blm ada air bag le...hihihi) player kt tmpt kerja..kalau ucu ikut sah2 kalah tapi kalau x ikut kemenangan dlm genggaman...
    ingat lagi masa bercintan cintun pernah ikut dia main...mata asyik tengok luar padang jer...dah sah2 kalah le...hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboiii....mengimbau kenangan bercouple dulu ye ucu? abe kus kakpb pun cm tu juga dulu, skrg ni perot dah kedepan, tak larat nak sumbat gol..haha..

      Padam
  2. Salam K.Zana.tahniah utk anak bujang Aziz tu...minat dia ngan bola ya?Biasa la anak llakikn?.Asyik tgk2 ayahnya tu sbb dia segan...sama la ngan anak atie.pasni klu blh...dtg jer senyap2 tgk dia main bola :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam atie, gelombang merah melanda rumah ni atie...terpalit sampai kat anak akak.

      Padam
  3. Tahniah Aziz yg hensem. Heeee.........Da besar, ley jadi footballer star.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hensem eh fara? insyaallah, yg penting pelajaran kena dulukan, star2 tu kemudian...hehe

      Padam
  4. Tahniah buat anakanda Aziz. Auntie tumpang bangga. Bolasepak pun boleh jadi kerjaya malah satu dari sukan yg saaaaangat diminati ramai di dunia Zana. Teruskan bagi dia semangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq auntie, ibu dia memang tak berapa nak bg semangat sebab tak minat sgt bola. Lepas ni kenalah cuba cari semangat tu....

      Padam
  5. Tahniah buat Aziz.. Semoga dapat teruskan minat dan bakat.. Bakal pelapis pemain bola sepak negara ni.. :)

    BalasPadam
  6. saye pun tumpang hepi...

    BalasPadam
  7. tahniah buat anak kak pb... betul kata mama tu.. apapun minat aziz jangan sampai abaikan pelajaran... tp apapun2.. aktiviti mcm ni pun penting juga kan kak...

    re: ishh.. bukan sebab ada isi kak.. dah tua2 ni dah nak tutup kilang dah.. hehe... tak taulah tiba2 je tak sihat.. tp alhamdulillah hari ni dah ok... t.kasih ye kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Madiha, sekurang2nya dia tak mengadap game kat intenet sepanjang masa.

      Padam
  8. assalammualaikum..
    salam kenal..dan follow
    tahniah

    BalasPadam
  9. Tahniah...respectla dia pndai main bola...auntie tumpang gembira and proud of aziz....anak bujang saya kaki bangku...hehe..
    Dah besar bole jd football star cam khairul fahmi...ye aziz...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah TK walaupun cita2 ibu dan ayah dia jauh benar dari bola. Utk suka2 boleh tapi harap2 biarlah belajar didahulukan.

      Padam
  10. Tahniah...respectla dia pndai main bola...auntie tumpang gembira and proud of aziz....anak bujang saya kaki bangku...hehe..
    Dah besar bole jd football star cam khairul fahmi...ye aziz...

    BalasPadam
  11. Tahniah, Aziz. Bertuahlah anak bujang Kak PB, walaupun kurang stamina tapi kemenangan mnyebelahinya. Kena ambil lebih vitamin utk tmbh tenaga ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Sari, dia mmg susah nak mkn. Inipun mkn kismis je tiap hari, tu pun kena suruh.

      Padam
  12. Segan le tu kan...bila mak ayah tengok .
    Tahniah2

    BalasPadam
  13. wah...tahniah kepda beliau...siap dapat pujian daripada jurulatih tu...bukan senang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Boni, alaa...pujian sekadar nak ambil hati anak buah je.

      Padam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)