my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Segmen Aku Seorang Surirumah - Blog Bardboo

Assalammualaikum semua....

Sebenarnya dah beberapa hari nak join segmen Puan Bardboo ni tapi masa dan kesihatan tak mengizinkan....ye la tu?? bertwitter boleh pulak eh....twitter tu guna handphone boleh bawa kedepan kedapur. Dah nama 'surirumah' kan....sampai ke dapurlah bertwit.Cute smiley        

Kakpb sakit pinggang, risau takut kena kencing kotor. Sebab dari pengalaman dulu2, bila sakit2 pinggang ni dan check doktor, sah2 dia kata kencing kotor. Malas nak ke klinik, kakpb rebus je biji barli, minum sepanjang hari semalam. Alhamdulillah, hilang sakitnya. Sebenarnya barli ni bagus sangat untuk lawaskan kencing (kakpb buang air ok je) tapi nak merebusnya tu yang malas. Penyakit M ni payah nak ubat melainkan kalau cikgu fahmi ajak shopping, haaaa...yang tu rajin bebeno.Rabbit 3     

Kalau sebut surirumah ni kan, mesti orang fikir.....bosan duduk rumah, stress gila, kerja menimbun dan seribu macam orang kata tak menyeronokkan. Kakpb tak nafikan memang bosan, kerja yang tak habis dari celik mata sampai nak tutup mata. Dari subuh sampai ke isyak, ada saja tugasan yang tak selesai.

Bangun pagi 4.30am, mata ni dah tak boleh nak lena. Dah terfikir nak buat sarapan apa. Fikirkan masakan ni pun boleh stress tau!! Orang lelaki mana tau? Kalau kita minta pendapat dia masak apa, senang je dia jawab. Alaaa...masak je la apa2pun, saya tak kisah, saya makan je. Haaa...bila kita hidang ikan goreng seketul, telor sebiji, sayur air....nanti komplen pula, ini aja yang awak buat dari pagi sampai tengahari? Tapi itu bukan la cikgu fahmi...Cool bab2 makan minum ni dia tak menyusahkan langsong kakpb.

Paling banyak kerenah adalah anak bujang kakpb tu. Masakan berlemak dia tak suka. Ayam tak berapa makan melainkan jika dimasak dengan cara yang dia suka seperti chicken chop, goreng berempah dan nasi ayam hainan. Bila kami nak makan pedas atau lain dari kesukaan dia, kakpb terpaksa buat dua resipi. Lauk yang ada bawang potong2, confirm dia tak makan. Semua nak kena blend. Aduhai.....dah macam jaga budak kecil je. Untuk menyedapkan hati sendiri kakpb anggap ini semua dugaan Allah. Dah terbiasa taklah merungut sangat.

Sabtu dan Ahad adalah hari yang paling kakpb suka sebab boleh sarapan di luar..Hello Kitty 2 atau pergi jogging (jogging la sangat setakat jalan2, ayun2 tangan sambil tengok orang) Bila ada cerita baru kat panggong, kamilah setia menonton sebab takde aktiviti lain yang lebih menarik di sini. Bukan macam di KL ada shopping complex Berjaya Time Square, Genting Highland, Zoo Negara...kat sini balik2 One Borneo, Centre Point, Karamunsing. Kadang2 lepak kat Tanjung Aru beach.

Aktiviti surirumah paling kakpb suka adalah menonton tv, mencuba resipi baru, kraftangan.... kalau rajin. Jadi surirumah ni kena ada hobi tertentu barulah tak bosan hidup....Lainlah orang yang anak ramai, memang tak sempat nak berkraftangan. Dulu cikgu fahmi sekolah petang tapi sekarang semua dah sekolah pagi. Jadi masa kakpb untuk berihat dalam pukul 8 hingga 10 pagi. Maksudnya kakpb nak solat sunat ke, mengaji ke, membaca ke, tengok movie kejap. Sebelum tu kain baju dah settle dari malam masuk mesin, tinggal sidai je paginya. Arnab pun kakpb uruskan pepagi, cuci tandas dia, bagi makan dan minum.

Bagi kakpb sebagai surirumah, kakpb tak suka bersembang atau melepak rumah jiran. Dari bujang hinggalah sekarang. Melainkan dengan keluarga sendiri, keluarga belah suami barulah kakpb rancak sikit. Kat sini mana ada saudara mara melainkan pakcik dan makcik cikgu fahmi, adik dia dan saudara belah bapa tiri kakpb. Tapi mereka tu jauh.

Kesimpulannya hidup sebagai surirumah ni bagi kakpb tidaklah membosankan sangat jika kita pandai mengisi masa atau membahagikan tugas. Banyak juga masa untuk melepak. Lebih2 lagi jika tinggal di rumah sendiri. Kita punya sukalah nak masak ke tak, nak tongkang pecah ke.....nakWhite cat  ke....bagaimana pun bagi kakpb lebih selesa rumah berkemas, siap masak, siap mandi (takdelah bermake up bagai) bila cikgu fahmi dan anak balik.

Paling buat kakpb stress bila cawan kotor atas meja makan. Lepas minum kita pulak yang kena angkat letak kat singki Leafwalaupun bertiga je dalam rumah ni, kalau dah dari pagi sampai kemalam asyik kita je yang ulang alik kedapur bawa gelas kotor, mau tak bising? Tu belum lagi bebel anak bujang tu Yoyo hari2 kena ingatkan. Baju kena masuk dalam bakul, sikat rambut, basuh kasut, makan vitamin....alahai...lotih ibu kau ni nak oiii!! Sekarang ni pulak patah tangan...laaaagi tambah tugas ibu. Itu belum lagi cerita pasal tandas. Seminggu sekali nak sental, sambil membebel.....pakai sabun sepah2, ubat gigi tak bertutup, tisu tandas basah2 bila dia mandi.

Tapi kan....stress kakpb hilang bila orang belikan kita sesuatu...Tea Cupbukan selalu ye tak? Bukan untuk orang lain pun, isteri sendiri, dapat pahala lagi. Tapi, tak dapat pun tak apa. Ikhlaskan saja apa yang kita buat ni. InsyaAllah ada ganjaran yang kita tidak nampak.

Ok...rasanya dah panjang lebar kakpb tulis ni. Dah dekat pukul 8, ada kerja menimbun tu. Kain baju nak lipat, nak di gosok. Carpet belum vacum. Jom la join segmen ni, ada hadiah menarik dari Puan Bardboo. Klik link kat atas tu ye.....tarikh tutup lambat lagi. ok..Bye.
Mashimaro

8 ulasan:

  1. salam kak,
    panjang tu ceritanya....jdi srt...mmg x kan abis pun kejenya...celik mata smpi la ke mlm hari...penat mmg x yah ckp la....tp seronok la bila ada orng yg tau hargai kan....:-)

    BalasPadam
  2. Amboi kak....panjangnya entri. Heheheheh...bila sy baca entri akak ni, cemburu lak sy. Bukan sng tau nak jdk surirumah sepenuh masa.

    BalasPadam
  3. Menarik karangan kakpb..hihi...kite dr semlm dok pala bedenyut2...smpi hr ni x hilang lgi...tapi rasa mcm kurang sikit ni...bila dh kepala pening keja pun tertgguh...semlm tpksa cancel mmbaking,suh suami msg org tu..x dpt nk buat...nk bw pun x larat nk tgok screen ni ha,,padahal guna tab je...uihhh..pjg nya komen.selmt bhujung mggu kak ye..:-D

    BalasPadam
  4. salam kak..

    terima kasih ye sudi join segmen ni..panjang betul ulasan akak, tapi saya suka baca... =)

    BalasPadam
  5. @Asyifa Mustaffa
    betul tu Ashifa, nak2 kalau dpt brg yg kita suka:))

    BalasPadam
  6. @faraherda.razalan
    hehe...bukan senang tau nak ambil keputusan jd surirumah ni, berbelah bagi.

    BalasPadam
  7. @Sury Abil
    panjang eh? tulah..nama pun surirumah, bnyk masa menaip tapi keje berlambak menanti.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)