APAM GULA HANGUS
@blogsurirumah
sumber: Kak Hanieliza
- 1 gelas gula – untuk dijadikan gula hangus
- ½ gelas air
- ½ gelas gula
- 3 biji telur
- 1 gelas santan atau susu segar
- 2 ½ gelas tepung gandum
- 2 sudu teh soda bikarbonat - hana buh 1sk je
- garam sedikit dan butter dua sudu besar - yg nih hana tambah
Cara-cara
- Panaskan kukusan.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
- Untuk membuat gula hangus - masukkkan gula ke dalam kuali masak hingga keperangan, kemudian masukkan air. Kacau sebati, kemudian masukkan butter dan sejukkan sebentar.
- Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
- Masukkan gula hangus dan campuran tepung gandum bersama soda bikarbonat.
- Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.
- Masukkan adunan kedalam acuan apam atau loyang yang telah dilengser dengan minyak. Kukuskan selama 10- 15 minit.
- Sejukkan dan keluarkan dari acuan atau dipotong. Sedia untuk dihidangkan.
sangat suka apam gula hangus ni tapi tak penah buat sendiri
BalasPadamkak,geram errr tgk apam ni...membukit..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam kak PB.. apam nih sgt sedapp!! tun dh byk kali buat nih..
BalasPadamps: last week mula2 duk 360 hotel, sgt cantik! tp breakfast x byk choice sgt n kalau xde kenderaan mmg susah nk berjalan, agak jauh dr hotel.
stay juga kat Pullman Hotel, bilik sgt2 cantik, dekat ngan tmpt nk shopping dan breakfast dia kalau duk 3jam kt cafe pun blm tentu blh mkn semua makanan.. haha..
nk jimat sket duk harbour view. nk shopping senang. tp make sure pilih bilik mahal sket, kat tingkat atas. kuar pintu hotel cross jalan terus masuk bazaar. mmg heaven bershopping. nk g beli kek lapis seberang sungai pun senang.. breakfast dia xleh lawan Pullman, tp better than 360 hotel.
salah 1 fav sy ni..yummy!
BalasPadamsedapnya...cantik dan gebu.. nak share yee...
BalasPadamAduhai.. tengah lapar ni.. sedapnyeee.. hehehe.. maaf terlambat baca comment akak. emm.. kt poplook tu sy beli baju je setakat ni. takde beli tudung. baju sy beli blouse dgn dress, semua ok. :) drpd baju yg sy beli, sy rasa tudung dia pun ok juga kot.
BalasPadamSedapnyaa..Paberet nih. Cantik pulak tu kejadiannya. :)
BalasPadamsedaplah zana. feveret tu.. togel pun togellah..
BalasPadamcantik betul kejadian apam tuh..suka nengoknya ^^.. xkesah lah xde kelapa pun..apam nih mkn camtu pun mmg sedap ~~~
BalasPadamassalamualaikum akak..... comel2nyer apam akak tuh... geram la pulak! nak mintak dah abess.... sori lambat banyak! hihihi
BalasPadam