my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kolagen? Rumpai laut?

Siapa tak kenal rumpai laut dari Sabah yang popular sekarang ni kan? Warna kuning dan purple paling dikenali. Ada juga kakpb tengok area pasar besar warna kehijauan walau pun dah dikeringkan, itu lebih mahal harganya.

Sebenarnya kalau nak tau kakpb tak kenal langsong rumpai ni daripada menetap di Selangor dan berpindah ke Sabah. Baru tahun ni kakpb ambil tahu, itu pun adik kakpb sibuk-sibuk tanya. Padahal rumpai tulah benda pelik pertama yang kakpb ambil gambar masa baru jejak Sabah. Ketika jalan-jalan pasar tamu nampak orang jual benda ni tapi bukan yang kering. Siap tanya bagaimana makannya? Dia orang biasa makan mentah seperti kita makan ulam-ulaman, cicah dengan air asam yang ada cili potong, agaknya la.

Baru ni kecoh pasal tiada kolagen dalam rumpai laut yang orang bangga-banggakan tu. Boleh baca kat  http://jiwang.org/health-education/407193-tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html
Bagi kakpb yang baru saja mengamalkan makan rumpai ni, nak kata boleh memutihkan kulit sangat, tidak juga. Cuma sebagai masker muka memang kakpb rasa selesa. Contohnya cikgu fahmi, dia selalu aktif tengah padang melatih kriket. Pasti hitam hangus kulit muka dia. Bila balik rumah, dia selalu tepek rumpai ni (yang dah masak) kat muka untuk beberapa minit, buat setiap hari. Kakpb tengok kulit muka dia cepat pulih. Nampak agak kurang kasar kulit wajah tu.

Untuk kesihatan kakpb biasa amalkan makan Evening Primrose setiap hari. Dah amalkan sejak zaman bujang lagi, sejak mampu beli sendiri. Begitu juga vitamin c berbentuk tablet (yang ni selalu lupa beli). Kakpb peminat tegar buah limau dan segala jenis buah. Sayur pun tak tolak. Jadi apa pun kita makan janganlah terlalu taksub yang ianya boleh menyembuhkan penyakit, memutihkan kulit dan sebagainya.

Nak cerita lebih lanjut, kakpb ni bukan ada ijazah dalam bidang yang berkaitan. Salah tulis nanti ada yang sentap. Cuma kakpb kongsikan apa yang kakpb alami. Pendapat kakpb, amalan pemakanan seperti rumpai laut ini mungkin akan melambatkan proses penuaan atau salah satu daripada makanan kesihatan. Itu saja.

Apa pendapat awak semua??Nerdy smiley

27 ulasan:

  1. Kakcik belum sekali pun cuba makan rumpai laut tu... :)

    BalasPadam
  2. Yang pasti bau dia busuk bg sue..Hehehehe

    BalasPadam
  3. nieza pun makan masa kat Sabah. Buat ulam kat pasar tamu. hihihi

    baru jugak perasan rupanya takde koligen?/ patut la dah ramai tak menjual kalau tak .... ramai yg jual kat fb. Ni senyap sepi jerk ..hihihi

    BalasPadam
  4. Sekarang di mana-mana pun dah jual rumpai laut ini zana. Cuma rajin tak rajin aje nak guna...

    BalasPadam
  5. Sy suka seaweed! seaweed yg kering. Teringin nak mkn yg fresh. Hehehehe!

    BalasPadam
  6. Salam kak PB.. sebenarnya, mcm makan sayur je la kan.. hihi.. tun mmg jenis yg skeptikal kalau tiada bukti scientific.. jd mmg jarang terpengaruh :)

    BalasPadam
  7. Assalamualikum..selalu gak tgk iklan2 yang jualnya tapi dah driedlah...Tapi sampai sekarang masih belum pernah mencubanya...

    BalasPadam
  8. sy mkn jg PMC ni..sy rs jg perubahan antaranya rambut krg gugur, skt2 bahu pn kurang then yg plg best, dpt buang air tiap2 hari..ttg kesahihan hal tu, sy x pasti lg sbb lom baca lg ;-)

    BalasPadam
  9. Ya betul... x prnh cuba pun ..hee

    BalasPadam
  10. ooo boleh eh buat masker??

    mcm best je...

    nk cuba!

    BalasPadam
  11. Kt jb pn ramai yg jual..tp zila x pernh cuba lg kak..

    BalasPadam
  12. Anak anak ni kadang buat mak ayah panaskan zana...kecik lain kerenahnya, besar lain...samalah nasib kita

    BalasPadam
  13. Itulah ....dengar jugak pasal ni...tak apalah kalau rasa ok teruskan ajelah ye tak....bukan mudaratkan pun...

    BalasPadam
  14. @Kakcik
    Kalau kakcik nak, zana boleh bawa balik bila2 nnti:-)

    BalasPadam
  15. @Nieza Ishak
    Bnyk lg produk lain yg tak kurang bagusnya.

    BalasPadam
  16. semua tumbuhan Allah jadikan ada khasiat tertentu.apa salahnya makan kalau tak memudaratkan..

    BalasPadam
  17. @Kakzakie
    zana baru je pos utk saudara yg minta belikan...

    BalasPadam
  18. @tun_telani
    Kakpb takde fanatik sgt..ehehe..kalau ada, makan. takde..ganti dgn benda lain.

    BalasPadam
  19. @Sue @ Nenie
    Kat sini fresh lagi. Kalau yg dah dikeringkan pun masih nmpk segar.

    BalasPadam
  20. @Sury Abil
    tak aci arrr...org Borneo kena cuba.

    BalasPadam
  21. pernah cuba seaweed dari sabah..tapi tak boleh makan coz allergic. same goes to collagen coz dia ada marine ingredients ..memang tak boleh makan..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)