my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cara membanggakan ibubapa

Ini kisah malam tadi.....
Ibu dan ayah kat ruang tamu, sorang menonton, sorang mengadap komputer.
Lepas maghrib, ayah jengah bilik anak bujang.....
Ya Allah......dia menyonteng dinding dengan ayat-ayat bersemangat.

Bertubi-tubi ibu dan ayah menyoal, kenapa buat macam ni? Penat ayah dan ibu mengecat satu bilik.
Kalau tau nak buat begini, takdelah ayah dan ibu bersusah payah.
Bila di marah, air mata berjurai.......

Aziz nak buat ibu dan ayah bangga!

Aduhai anak.....bukan begini caranya untuk membanggakan ayah dan ibu. Adakah dengan menyonteng dinding buat kami bangga? Ibu jelaskan, berubah sikap dari yang buruk kepada yang baik pun sudah membanggakan ibu. Contohnya, kemas katil, tolong basuh pinggan, sembahyang tanpa di suruh, menepati masa belajar dan sebagainya.
Semangat nak dapatkan A+ tahun depan untuk UPSR memanglah bagus. Tetapi, jika semangat saja tanpa usaha yang gigih, manakan dapat A tu?
Jika dah berusaha sungguh-sungguh, masih tak dapat A+, ibu dan ayah pasti bangga juga. Jangan risau.

Malam tadi, dia tidur dengan air mata. Kasihan pula kami dibuatnya. Takpelah, nanti ibu dan ayah cat balik dinding yang dah berconteng tu. Lepas ni kalau nak tulis kata-kata semangat atau pendorong diri, tulis saja pada kertas manilacard dan tampal didinding. Tatap hari-hari, jangan bosan pula lepas ni.

9 ulasan:

  1. Saya dulu2 di kampung...rumah papan, xde masalah conteng2, tp skrg rumah batu...Hmmm, budak2 ni nanti besar nak jadi guru atau pensyarah kot.

    BalasPadam
  2. hehehehehe.. sama 2 x 5 ngan Iman fatiha...

    BalasPadam
  3. hahhaha.. adehh.. sakit jantung jugak tgk dinding tu kan.. hihi

    BalasPadam
  4. Bla ada bebudak kt umah...mmmm mcm tu la kak...sabo ye ♡♡♡

    BalasPadam
  5. Budak2 dema buat ape yg dema pk terbaek hehehhe kalau ader anak kecik mmg xlepas dr congtengan kat dinding kan :)..

    BalasPadam
  6. hahahahah..tu bukan caranya..hehehehe

    BalasPadam
  7. Wkakkaakakkaak...adusss..kena cat balik lh dinding tu.dinding umh kite ni pun penuh dengan corak abstrak hasil kerja ank2 ku sayang...dh jemu melukis d dinding..di sofa pulak..adehhh..poning den..baru je cat raya thn lepas tu pun x habis satu umh...kena cat lagi lh nmpaknya thn ni...

    BalasPadam
  8. Aslmkum k.Zana
    aduhai kena cat balik itu...budak2 kdg2 mrk fikir mrk buat yg terbaik tapi sebalik jadinya...
    re; anak2 tinggalkan dg maid & abg yg sulong pun dah besar.

    BalasPadam
  9. hehe.. masa anak2 bundo kecik kecik dulu dinding rumah memang tak macam dinding rumah orang. penuh dengan abstract art. Jenuh nak mengecat, lama-lama kitorang tileskan je dinding ..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)