Lupa nak cerita, lepas ambil cikgu fahmi kat airport minggu lepas kita orang terus terjah panggung. Merempit dengan kereta merah kakpb tu (rempit la sangaaat setakat bawa 80kmsj...haha..lama gila tak drive)) Serius, sejak kat Sabah ni kakpb dah gantung lesen. Bila mula drive, nak keluar masuk kereta dari garaj rumah tu rasa berputar kepala ni 360 darjah kau!! Tengok cermin depan, kiri kanan, tak puas hati jengah kepala pulak....haha...kalau makeup tebal seinci memang tipis jadinya sebab peluh jantan betina bagai keluar.
Ok la....driver dah ada ni, gantung balik lesen. Tunggu dia outstation mana lagi nanti baru turunkan. Kakpb jenis menggelabah kalau drive area berbukit, waktu hujan dan malam. Memang orang belakang jawabnya....
Cerita ni kalau korang dah tengok yang pertama memang la faham. Macam kakpb ni tercengang2, siapa yang berserkup hitam, siapa yang macam rupa Korea, siapa perempuan tu....ish..memang tak faham betul. Cuma nak bagitahu ler, cerita ni memang best. Rasanya dah kali keberapa kakpb tengok si The Rock ni kat filem. Dulu2 selalu layan WWF (dulu ler...zaman bujang, dah ada anak ni tak layan langsong) kakpb memang minat The Rock ni. Tengok la body dia...huhu...tinggi gila orangnya (macam dah pernah jumpa?)
Nak cerita lebih pun, berbelit-belit. Tak rugi kalau korang pergi tengok. Bawa anak-anak sedara pun boleh. Ada tu kakpb tengok parent bawa masuk kereta sorong anak, lena dia tidur walaupun duduk kat depan.
Ok bye.....assalammualaikum.
Kalau ada ditayangkan kat Astro First, boleh juga kakcik beli. Tak payah ke panggung... :)
BalasPadamKat Astro First tu ada cerita Melayu je rasanya...
semalam nak tengok...tapi tak jadi... best ya kak???
BalasPadamAkhirnya dapat juga kakak masuk kotak komen zana. Dah lama kakak tak boleh masuk kotak komen zana tau...
BalasPadamKalau drive sesekali memang nervous tapi kalau dah biasa lama-lama hilang perasaan tu zana..
honestly speaking, sy x suka cite2 yg ada tembak menembak ni..kalu romantik okey.. heheheh
BalasPadamwah mcm best je citer ni yer
BalasPadamintan x tgk lagi cerita n..hehe
BalasPadamakk masa mudo2 dulu kuat merempet. Alhamdhulillah tak berlaku apape.
BalasPadamBaik2 kak.. jangan merempit.. 80km/j ok lagi. Hari tu layan Filem Bola Kampung dengan anak sedara.. Ok juga jalan ceritanya..
BalasPadam