my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Belajar bersyukur

Minta maaf sangat-sangat kerana dua tiga hari ni kakpb tak dapat blog walking dan tinggalkan komen kat blog kawan-kawan. Bukan pasal line slow macam siput....line ok...masa tak berapa mengizinkan. Bagi kakpb, walau sayang teramat sangat dengan blog dan kawan2, kakpb tetap utamakan suami, anak dan tugasan dalam rumah dahulu.

Kita ni kalau suka pada sesuatu perkara, biarlah berpada-pada. Tak boleh terlalu taksub atau terlampau minat hingga mengabaikan perkara lain. Tengok macam anak bujang kakpb tu.....bukan nak cerita yang buruk...tapi itulah kesukaan dia sekarang ni. TECH DECK...celik je mata, bendalah tu la yang di pegang dulu. Sedangkan mainan tu entah kali keberapa kami belikan. Kekadang sampai ibu membebel, budak-budak sekarang tak pandai bersyukur. Dah ada satu, nak lagi satu, nak buat koleksi.

Kakpb selalu cerita pada anak, kakpb dulu tak pernah merasa beli mainan. Ini cerita benar.
Kakpb ada satu je anak patong, itu pun mainan emak kakpb masa dia belum kahwin. Kakpb tak pernah minta-minta beli mainan. Bila teringin, kakpb lukis sendiri gambar perempuan dan lelaki, gunting. Lukis baju, seluar dan segala handbag, gunting.

Kadang kala, ambil daun betik, daun ubi kayu dijadikan anak patong. Main bawah pokok rambutan yang rendang. Sorang-sorang....takde merungut. Budak sekarang cepat bosan kalau takde geng nak main. Mungkin anak lelaki dengan perempuan berbeza.

Ayah pun selalu cerita, nak main apa-apa kena buat sendiri guna kayu dan sebagainya. Tak pernah dibelikan mainan. Teringin sangat, kena simpan duit sendiri nak beli. Alah...berapa sen sangat duit dulu dengan sekarang. Dulu belanja 50 sen pun dah banyak. Sekarang ni RM3 pun belum tentu cukup. Tapi anak bujang kakpb ni jenis tak belanja kat sekolah. Duit bulat2 bawa balik.

Kakpb selalu ingatkan anak, belajar bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jangan mudah rasa kecewa, marah atau fikir orang tua tak sayang kalau keinginan kita tak di penuhi. Jika inginkan sesuatu kena belajar bersabar. Tiada ibubapa kat dunia ni nak tengok anaknya bersedih. Sanggup berkorban mengenepikan kehendak sendiri semata2 memenuhi kehendak anak-anak.

Hai....ikutkan hati panjang lagi nak bebel. Anak-anak ni sampai dewasa pun memang kena selalu ingatkan atau nasihat. Tak boleh kata, dia dah besar nanti dia tau sendiri. Tidak! Selain dari doa, jangan pernah putus kita memerhati, memantau perlakuan mereka.

11 ulasan:

  1. haa dah boleh. hehe sebelum ni, nila klik buton entry xkeluat kotak komen

    BalasPadam
  2. Itulah perbezaan dulu dan sekarang...Sesuatu yg tidak akan berulang utk dinikmati moleh anak2 kita. Redhalah dgn perubahan, tapi ianya menjadi panduan dan nasihat berguna utk anak2 sekarang agar tidak terlalu leka dgn kemewahan dan kesenangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jenuh juga nak berpesan2, harap ibu dan ayah tak jemu menasihat hingga akhir hayat.

      Padam
  3. Sy dulu pun mcm akaklah. TEringin nak toys. Lebih2 lagi barbie. Tapi org tua ms tu tak mampu. Mak bt patung kertas utk sy. Sy punye suke, tuhan je yg tau. Hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. emak2 skrg dah tak mampu nak buat mcm dulu, termasuk akak. tambah pula permintaan anak yg berbeza dgn kita dulu.

      Padam
  4. betul tu kak.ank2 skrg kena selalu peringat.ajar mereka bersyukur...

    p/s blog akk ni ada malware laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun taktau la Khai, bila guna komputer ni ok je. takde pulak keluar apa2.

      Padam
  5. Assalam Kak Pb,
    salam dari spore..hehe
    betul apa yang akak cakap tu..anak2 sekarang memang bertuah & beruntung janagn cakap celik mata ..bila dia orang lahir aje ..semua dah cukup dan tersedia untuk mereka..
    kita dulu nak basikal..sampai ketua ni tak dapat2..
    anak2 kita sampai 2 basikal pun ada..huhu..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)