my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Hati-hati bila bersuara pada ibu anda

Assalammualaikum,

Kakpb tersentuh hati bila membicarakan soal ibu-ibu kita ni. Terutama sekali berita paling hangat sekarang tentang Afiq Muiz dan ibunya yang berseliseh faham. Kalau tulisan kakpb ni dia nak saman, nasib la kan?

Pada pandangan kakpb sebagai seorang perempuan, ibu, isteri, anak, adik dan kakak.....tak sepatutnya Afiq meminta ibunya memohon maaf. Sekalipun ibunya bersalah (katanya asyik minta duit, itu tak boleh ini tak boleh) Afiq tak patut keluar kata2 yang menyinggung hati ibunya, lebih2 lagi di media.

Sejahat mana pun seorang ibu, dia tetap ibu yang melahirkan kita. Bertarung nyawa melahirkan, membesarkan. Usahlah di fikir atau di ambil hati setiap kemarahannya kerana sebagai ibu dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Walaupun ibu meminta wang, itu adalah hak dia kerana Afiq anak lelaki dan bertanggungjawab terhadap emak dan adik beradik perempuan.

Ketepikan rasa marah itu kerana syaitan suka menghasut bila kita dalam keadaan marah. Banyakkan solat malam, mohon ampun dan berdoa moga Afiq dan ibu dapat berdamai. Ketepikan juga orang sekeliling yang tidak membawa faedah dalam hubungan.

Tak mau cakap banyak, nanti lain pula jadinya. Daripada nak nasihat, jadi gaduh pula. Harap dijadikan teladan juga kepada anak bujang kakpb. Kekadang anak2 ni dari kecil kita dah didik elok-elok, sopan santun je sikapnya. Tetiba bila dah ramai bercampur, kawan sekeliling pula pelbagai kerenah. Jadi, haruslah pandai pilih kawan.

Jumpa lagi.

6 ulasan:

  1. ya,setuju.apa-apa pun alasannya sianak tak boleh meninggi suara dengan siibu apatah lagi mengeluarkan kata kesat . Semoga afiq dan ibunya dapat mencari jalan pendamaian.

    BalasPadam
  2. apa-apapun tindakan kita,jangan belakangkan ibu...siapa kita tanpa ibu...tolonglah anak-anak yang lain jangan buat macam ni kat ibu...

    BalasPadam
  3. mudah2an afiq cpt sdr.tnp mreka sapa lah kita

    BalasPadam
  4. sedih..mengenangkan sikap si anak, moga afiq mendapat hiadayah

    salam kenal

    BalasPadam
  5. semua ni jadi iktibar..Ya Allah lindungi anak-anak kami dan keturunan kami..semoga sentiasa dalam hidayahNya

    BalasPadam
  6. Betul kak pb..sedih sangat bila ibu diperlakukan macam tu..dah tu cari geng lagi attack ibu sendiri..tak taulah apa yang sedang terjadi, sebijik macam cerita si tanggang...harap-harap cepat sedar sebelum terlambat...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)