my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Opor Ayam Berkentang (ibundo)


Opor ayam berkentang ni dah lama dalam draft tapi tak berkesempatan nak publish. Seperti biasa, kakpb suka sangat resipi dari Dapur Ibundo ni. Dah selalu kakpb cuba dan semuanya sedap-sedap. Tu pasal la cikgu fahmiFat Man 6 bolat!! Terima kasih kat Bundo, walaupun semua masakan Bundo simple2 je tapi amat menyelerakan kami sekeluarga..Blowing KissesZana copy paste resipi disini ye..

OPOR AYAM BERKENTANG
@blogsurirumah
sumber: dapur ibundo

Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diasingkan santan cair dan santan pekat.
3 biji kentang 
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
2 helai daun salam
1 keping asam keping
5 biji cili api diketuk
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
bawang goreng untuk ditabur sekiranya suka

bahan kisar:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci  lengkuas
1 inci halia

 Cara:
- Campur bahan kisar bersama serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih.
- Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan kisar sehingga harum.  Masukkan daun limau purut, daun salam, cili api dan serai.
- Tambah ayam.  Masak ayam sehingga airnya habis keluar.
- Masukkan santan cair. Masak sehingga ayam separuh masak. Masukkan pula kentang, stok ayam dan santan pekat.
- Apabila kentang empuk, tambahkan asam keping.
- Kuah mestilah agak pekat. Pandai-pandailah adjust supaya santan tidak terlalu banyak.

11 ulasan:

  1. Salam Kak PB.. memang sedap, makan ngan nasi panas2 bertambah makan he he he

    BalasPadam
  2. bolat x pe kak... prosperous tu... ;-)

    BalasPadam
  3. Kakak pun selalu ke blog kakpah ini utk jadikan panduan resepi dia yg sedap-sedap tu..

    BalasPadam
  4. walaupun simple.. tapi nampak amat menyelerakan..

    BalasPadam
  5. Resepi Bundo memang menyelerakan saya pon suka...

    BalasPadam
  6. Haloooo kak..:-)
    Nak kena try gak opor ni...x pernah buat lagi..tapi ayam dh habis stok pulak ni ha....tggu g pasar dulu ekkk..heheh simpan resepi nya dulu ye..:-)

    BalasPadam
  7. Kak Zana.., sedap nampak ! ..kena suruh mamaD cuba buatkan nih....tq.

    BalasPadam
  8. tak dinafikan masakan opor ayam mmg sedap...lazat biasanya..

    BalasPadam
  9. salam kak zana..mcm sedap je opor ayam ni.. ni 1st time sy tgk n dgr nama tu. nak cuba, tp sy krg b'bakat dlm bab memasak ni..hee :D

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)