my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Bingka Ubi Kayu dalam acuan tart

Salam semua.

Kakpb semalam tak masak tengahari sebab daripada hari selasa badan menggigil, entah kenapa. Telan aktifast dua biji, baru kebah. Cuti memasak sehari je. Hari ni dah ok kenalah memasak, nak buat macam mana dah tugasan kan?

Dalam tak sihat tu, sempat juga parutkan ubi yang dah beli hari minggu baru ni. Risau juga kalau lama-lama nanti terus jadi kayu, baik kakpb parut buat bingka. Tapi kakpb memang fail kalau membingka ni. Tu sebab jarang ada resipi bingka dalam blog kakpb.

Fikir punya fikir, kakpb bakar dalam acuan cupcake dan acuan tart lagi baik. Nak makan pun senang. Sebelum bakar dalam oven, kakpb lenserkan acuan dengan butter.


 BINGKA UBI
@blogsurirumah

2 cawan ubi yang telah di parut, di perah
3/4 cawan gula putih campur gula perang (saja nak habiskan gula perang)
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan pati santan/susu cair (sebenarnya nak guna susu cair tapi tak cukup secawan)
secubit garam
Pewarna kuning telor

Campurkan semua bahan di atas.
Masukkan dalam bekas kecil yang telah di sapu marjerin/planta.
Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Kakpb guna oven 180C, api atas dan bawah.

senang je nak korek keluar dari acuan, cuma tak berapa cantik


8 ulasan:

  1. Tak sihat menjadi gak bingka ubi dia..ehhheh...nk gak kuih tu...tlg parutkan ubi tuk kite boleh...huahuauahhaua..

    BalasPadam
  2. Kena tukar nama omputer sikit kakpb...
    Tart ubi..sesuai dengan rupanya..comel

    BalasPadam
  3. salam kakpb..

    saiz macam ni senang makan..comel ja kan..

    BalasPadam
  4. salam.. senang kan buat begini, tak payah nk potong2 dah

    BalasPadam
  5. selalu bingka ubi kayu buat dlm loyang... buat dlm acuan tart pun comel...:)

    BalasPadam
  6. wah kak kreatiip..zila suka makan je akak..bila yg byk kerak tu mesti nak cari dulu..

    BalasPadam
  7. comel aje..sebenarnya bingka ubi ni salah satu kuih traditional favorite kita..yummy

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)