my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Selamat Hari Guru Cikgu Fahmi dan update cuti, Sarawak

Tiada hadiah istimewa dari kakpb untuk cikgu fahmi sempena hari guru ini. Hanya menadah tangan berdoa semoga perjuangan dia sebagai guru di Pulau Gaya akan memberi seribu rahmat kepada anak2 muridnya. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan cikgu fahmi samada kakpb kenal atau tidak. Selamat Hari Guru, bakti mu dikenang sepanjang hayat.

Terlanjur dah update ni, nak cerita pasal kami di Sarawak tempohari (sebelum balik mengundi) Kakpb bermalam di Hotel Harbour View yang berdekatan dengan sungai. Tiada breakfast, pandai-pandai kami cari makan sendiri. Sebelah dengan hotel ada restoran muslim, sedap masakannya.

Bandar Kuching bersih, jalanraya tak sibuk macam di KK. Nak kata lengang sebab cuti, tak juga sebab kami sampai pagi Jumaat.  Lepas check in hotel, terus jalan-jalan sekitar sungai. Lucunya, kami tak tau bagaimana nak panggil pakcik yang bawa bot penumpang. Lama tunggu tepi sungai. Nampak orang naik, kami pun berebut2 naik sama. Tak panas bontot, dah sampai seberang. Cari apa kat sana? Kek lapis ler....tak sah tak beli kalau datang sini kan? Alaa..kakpb tak dapat share gambar la. Entah kenapa mengong pulak streamyx hari ni....

Bercuti sehari, faham-faham je, tak dapat nak kemana. Keliling bandar cari makan, berfoto kat replika kucing, balik hotel, membuta. Malam pun kami tak turun sebab hujan. Kakpb beli keychain, fridge magnet dan kek lapis. Cerita pasal kek lapis ni, rasa sana rasa sini akhirnya beli tak sampai pun RM100. Malas nak bawa berat-berat ke KL. Beli untuk mak kakpb dan mertua. Sampai sana, potong2 makan ramai-ramai.

Jumaat kat Sarawak, sabtu dah pun kat KL. Esoknya mengundi, seharian berpanas dengan mak. Ramai2 famili kakpb, kami berdua je terpelanting tak sama dengan famili lain. Dia orang seronok ler.....naik van ramai-ramai. Dua jam lebih jugalah beratur, nasib baik kat sekolah tu ada bumbung. Emak lagi rilek, lepas memangkah, dia lepak dengan geng-geng dia. Jenoh dia menunggu kakpb.

Ok sampai sini dulu, kakpb ada tugas belum selesai. Maaf kalau blog kakpb agak berterabur. Tak sempat nak susun atur lagi. Nak ubah sana sini makan masa juga.







9 ulasan:

  1. selamat hari guru buat cikgu fahmi & semua guru2 di seluruh malaysia...

    BalasPadam
  2. kiranya, kak PB turun naik akpal terbanglah balik mengundi tu ya?? hihi..

    kenapa tak ada breakfast kat Harbour View tu, rasanya dulu ada breakfast..????

    Bandar Kuching memang lengang..

    walaupun sekejap jer dah sampai, berdebar2 jugak nak sampan tu, kannn..

    salam selamat hari guru untuk Cikgu Fahmi. Selamat Hari Guru juga utk Kak Zana, banyak ilmu ditimba di sini, terima kasih, cikgu!!!

    BalasPadam
  3. Laaaa....tenet mengong pulak ke....patut le xde pic..eheheh....best ek kat kuching...waaaaa....rindu nya nk blik kpg....klau org kuching mmg x panggil pak penambang sampan tu...kalau ada kelibat org dh ramai baru le dia dtg mengyuh perahu nya....tapi kalau pelancong mmg kena panggil sendiri kalaux nk kongsi naik smpan tu dgn org tempatan....charge tambang lain le..pengkalan perahu yg sury naik sebelah yg ada dua ekor buaya tu kak...klau nk ke pengkalan sapi.yg kk pb naik tu ke pengkalan boyan..kpg seberang tempt jual segala jenis kek lapis swk..kalau x puas jln2 dtg le lagi ye..:-)

    BalasPadam
  4. Lupa pulak nk ucap selamat hr guru tuk cikgu fhmi...mesti ada hidangan special dr kakpb nnti tu..:-)

    BalasPadam
  5. Selamat hari guru buat semua insan yang bergelar cikgu

    BalasPadam
  6. Selamat hari guru.

    ps:saya masukkan blog ni dalam bloglist saya
    http://pokok2u.blogspot.com/

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)