Maaf, malas nak betulkan gambar tunggang terbalik :)
Dah pukul 3 petang baru ada mood update masakan. Tadi tengok kat IG, katanya "petanda sakit mental" bila suka upload gambar masakan. Macam tak relevan je kan? Tapi kakpb tak baca penuh artikel tu. Nantilah, kakpb cari juga.
Untuk pengetahuan semua, ikutkan kakpb ni dah beratus upload gambar ke blog, facebook, twitter dan Instagram. Setakat ni, alhamdulillah.....insyaAllah..takde apa2.
Pajeri nenas ni kakpb buat sebelum balik KL tempohari. Balik KL hari tu tak perlu update rasanya. Biasa2 je, pergi Tesco, Mydin dll. Kuching Sarawak tu update kemudian bila free.
Kakpb ambil resipi drp JintanManis. Sedap tau...kakpb simpan dalam peti ais sebelum balik KL. Balik semula Sabah, panaskan dan elok lagi. Terima kasih ye, kakpb minta izin copy disini
Bahan-bahannya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang + bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,
3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

lbh baik upload pic makanan drpd upload pic yg x senonoh / yg boleh timbul fitnah / riak
BalasPadampertama.. takziah di atas pemergian mat yo.. sedihnyerrr...
BalasPadamkedua.. mmg tak releven jika upload gambar masakan dikatakan petanda sakit mental.. wah wah wahhh... kalau mcm tu.. semua yg terlibat dgn masakan bergambar termasuk majalah2 masakan pun bakal jadi pesakit mental lah! hehe.. tiba2 emosional.. tak kisahlah apa org nak kta.. niat upload gambar masakan utk berkongsi resepi..nak berkongsi ilmu.. bkn niat nak menunjuk2... kan kak..
adda pun suka pajeri ni..nanti nk cuba la..
BalasPadamhahaha!
BalasPadammcm tu ramailah perempuan mental termasuk saya kan Kak PB
:)
Sedappp tu...mak sury suka masak pajeri nanas ni..tapi kadang xde letak kerisik (bumbu)..nostalgia pajeri nanas ni tau..belajar masak dgn mak masa nk kirim ngn cik abg dulu masa btunang..pos u...sampai kedah nooo..hehehheh
BalasPadamsuka jugak pajeri nenas tapi hubby suka pajeri terung
BalasPadambunda pun lebih suke pajeri terung, tapi layan juga pajeri nenas ni...
BalasPadamwah.. pajeri nenas.. sedapnya....
BalasPadamMakan ngan nasi putih je dah cukup enak..
BalasPadam