my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

CETRIZIN - minta pendapat

Tau tak apa tu Cetrizin? Kalau orang yang biasa ambil ubat2an mungkin tau. Kakpb biasa beli di farmasi dulu harganya cuma RM5 sahaja. Lepas harga minyak naik, pil ni pun naik seringgit....itu baru ubat...belum benda lain lagi, malas nak cakaplah!!

Sebab apa selalu ada cetrizin ni dalam beg dan kemana2 saja kakpb pergi? Kakpb dengan cikgu fahmi selalu alami gegata atau gatal-gatal kulit. Anak kakpb tak kena pula. Sebenarnya kakpb mengidap gegata ni daripada belum kahwin lagi. Dulu doktor bagi ubat sapu yang warna putih tu. Bertepong gomak la kakpb ni bila malam hari. Tak boleh tahan kalau tak berubat. Nak tidur malam pun tak senang, bintat bukan kecil anak....besor-besor naik.

Itu yang kena ada cetrizin dalam simpanan. Orang kata penyakit ni alahan pada makanan laut tapi doktor kata takde kena mengena. Tak makan udang dan sotong pun jadi juga. Nak kata rumah kotor berhabuk, tak juga. Rumah bersih pun jadi gegata. Adakah kerana darah? Cikgu fahmi pernah jumpa doktor dan katanya penyakit begini memang sukar nak hilang terus.

Masalah kakpb pula bila telan ubat cetrizin ni, mulalah mengantok dari malam sampai ke siangnya sedangkan orang lain makan ubat ni tak mengantok. Untuk mengelakkan kakpb tidur siang dan malam, kakpb ambil separuh je ubat tu.....ok la....tapi gegata pula tak hilang...uwaaaa...macam mana nak selesai ni? Ikut sejarah keluarga, emak memang ada alahan pada setengah ubat. Kakak, adik perempuan dan adik lelaki pun ada alahan pada beberapa jenis pil yang terdapat di pasaran.

Adakah tanda2 kakpb ni mengidap ekzima?? Kakak kakpb ada ekzima tapi sekarang dah ok sikit. Dulu agak terok dengan jerawat dimuka dan leher. Tangan tak boleh kena sabun, pakai glove nak basuh pinggan kalau tak dia melecet dan berdarah. Sabun dan segala alat kosmetik tidak boleh berbau wangi....huhu...parah betul. Lipstik langsong tak boleh sapu kebibir....kesian juga kakpb tengok dia. Lepas rawatan doktor pakar, barulah dia tau apa barang yang dia boleh guna atau tidak.

Harapnya kakpb tidak sesensitif dia. Mungkin betul apa yang kakpb baca di sini. Kena kurangkan lemak dan gula. Usaha dari sekarang nampaknya sebab dah macam kritikal, hari-hari kena telan ubat....tak larat der...

Ada sesiapa boleh bagi idea atau saranan untuk kakpb hilangkan penyakit ni??
Kakpb tak dapat blog walking hari ni, esok lusa free kakpb terjah blog korang eh....

Assalammualaikum......nak terjah bantal dulu...

nota kakpb: allergi panasilin

21 ulasan:

  1. assalamualaikum kak pb...alhamdullilah hampir 18 tahun saya keje di klinik...
    saya pun selalu mkn ubat cetrizine nie...biasanya kalau gatal2 tekak ,selsema,saya akan amik nie coz ubat nie x mengantuk,tp taktaulah pada org lain,bg saya ubat nie x mengantuk....
    biasanya doktor akan bg ubat prednisolone juga utk patient2 yg ekzema teruk...prednisolone nie pun utk alahan jugak tp tak leh mkn berpanjangan coz ada steroid,hanya boleh jika ada preskripsi doktor saja...

    BalasPadam
  2. Oh... semoga ada penyelesaian yang lebih baik untuk apa yang Zana dan Fahmi alami itu...

    BalasPadam
  3. assalam kak ...sy setuju gak ngn kak myda sbb sy pon keje klinik.setahu sy xd ngntok takut kita dh set kat mind yg bnd 2 ngntok.tapi sllu kalau ngn tok ubt allersin la.alahan selalu bg prednisolone atau dexamethasone. cetrizine mgkn bertindk untuk kurg gatal kot.

    BalasPadam
  4. alahai....rasa ssh tggung sakit kan ce lah cek pakar kak

    BalasPadam
  5. saya pun kena gegata dr zaman sekolah tp skrg tak lagi.Now anak pulak yg kena tapi dah 5 bulan ni tak jadi lak sbb doc bg ubat alahan.tapi tatau nama ubat ape tah lupa.Sekolah anak saya air minuman naik 20sen.Geram!

    BalasPadam
  6. sy dulu mmg teruk juga alahan kulit ni. Kdg smpi menangis2, pernah mandi air panas2 sbb tak tahan sgt kegatalannya.. huhuhu. Tapi sejak dah kahwin semua penyakit gatal2 tu hilang tapi tetaplah tak boleh pergi atau kena benda berhabuk, mmg gatal balik. Setau sy ubat gatal ni memang boleh mengantuk. Dulu, doc klu bagi ubat gatal mesti dia bg mc sekali sbb dia kata tak boleh buat kerja sbb akan mngantuk.. peh! Bkn mngantuk lagi tapi siap khayal2.. haha.. cuma tataw apa nama ubat tu..

    BalasPadam
  7. salam kak..
    setahu sy.. ubat ni memang utk hilangkan gatal2 & juga selsema. side effect dia memang akan mengantuk..
    anak no. 2 sy pun selalu kena gegata.. biasanya punca bila kena bila termakan seafood kurang segar atau bila dia mandi dlm air yg terlampau sejuk spt air sungai yg sejuk gile tu.. sbb tu sy jarang masak udang atau sotong.. takut terkena yg kurang segar.. walaupun nampak segar tp kdg org boh ubat bg nampak segar..bila dia mkn abis satu badan dia gatal2. ubat tu mmg mujarab utk hilangkan gatal & selsema. tak taulah pula sy jika diambil secara berterusan samada bahaya atau tak.. kena tanya pada yg pakar..

    BalasPadam
  8. Salam kak pb.. tun mmg selalu bawa ubat allergic ke mana2. paling teruk allergic ketam. seafood lain kalau udang yg besar2 atau seafood yg xfresh mmg gatal2. tapi lebih pada gatal hidung, bkn naik kt badan. husben tun kadang2 naik bintik2 kat badan kalau tersalah makan. tp jarang2 jd mcm tu. jenama ubat x kisah asal ubat allergic je. skrg ni guna Carin (loratadine 10mg). xde mengantuk pon setakat nih bila makan.

    BalasPadam
  9. salam zana.. kak rose dah rasa camner gatalnya kena gegata ni...kalu g doktor biasa tu mmg bagi cetrizin yg mmg ngantuk bagai nak gila buat kak rose...

    tp kini dah ok bila kak rose g jumpa skin specialist, tp ubat yg dia bagi x dalam original pack so x tau apa nama ubat tu... cuba lah g kat Ranjit Skin Spcialist, ubat pun x sbbkan mengantuk. harap dapat membantu...ni pun dapat tau setelah kak rose google cari ubat gegata tu

    BalasPadam
  10. husband mala ambik cetrizine utk selsema dia. mmg ngantuk la semua ubat2 utk selsema dan gatal2 ni. supaya kita rest :-)

    BalasPadam
  11. @myda_ahmad
    betul tak mengantuk pd org lain tapi bg akak mengantok. akak tak berani cuba yg lain tanpa jumpa doktor sb akak ada alahan pd penisilin walaupun katanya penisilin dlm antibiotic, iye ke?

    BalasPadam
  12. @Budak Kampung
    walaikummussalam dik, set kat minda ubat ni mengantok? tidak...kakpb jenis tak tidur siang melainkan kalau tak sihat je. dulu2 tak perasan juga ubat ni yg buat ngantok tapi bila ambil je, selalu nak tidur, tak boleh tahan2.

    BalasPadam
  13. @inazamri
    kan? semua barang naik, nak kata apa, terima jelah.
    dah lama tak kena, skrg ni dtg balik..huhu

    BalasPadam
  14. @Seri Kandi Tanah Jauhar
    ubat cetrizin ni pun tak ngantok sbnrnya (mengikut kata doktor) cuma akak je tak boleh ambil sebiji, dia sarankan ambil separuh tapi gatalnya tak hilang la pulak.
    mmg ada ubat gatal mkn waktu malam, lain skit dr cetrizin.
    khayal2 tu lain pulak maksudnya...haha

    BalasPadam
  15. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    setahu akak yg mengantok punya kaler kuning atau merah kan? entahlah Madiha..naik pening akak ni fikirkan ubat apa lagi nak makan utk hilangkan gegata ni.

    BalasPadam
  16. @tun_telani
    waalaikummussalam Tun, nanti akak nak cuba cari ubat yg tun ckp tu.

    BalasPadam
  17. @Kak Rose
    kena jumpa Ranjit Skin Specialist la ye? takkan nak order online ye tak? jauh la pulak kakrose, tak tahan dah ni...

    BalasPadam
  18. @mala
    mungkin pada org tertentu kot Mala..

    BalasPadam
  19. Anak lelaki k.gee pon alergi panasilin... bila mkn ubat tu terus bengkak seluruh muka dan mata... biasanya akan masuk wad sbb doc kata bimbang sesak nafas... dia mmg kena bawa kad alergi ke mana2 pergi... Kes kak PB ni tak pasti la pulak... nanti k.gee tanye tuan doc dulu yer... heeee jgn mareee.... ilebiu...

    BalasPadam
  20. ms kecik smpi sek men, sy jg kn skt kulit... mcm2 ubat da mkn n pantang sn sini... lama jg la sy x amik semua mknn yg boleh menyebabkan gatal2 esp ayam, seafood, telur etc. alhamdulillah, lps beberapa thn, kulit sy kembali pulih...parut masih ada tp dlm proses pembaikan... mgkin akk jg bleh try mcm sy buat tp ye la...kulit masing2 lain rawatannya...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)