Perhatian: MAAF, ini adalah entry yang telah terdelete dan kakpb dapatkan semula. Maaf kerana telah hilang komen2 disini. Entah bagaimana terdelete ketika kakpb menggunakan S3 pagi tadi.
Assalammualaikum,.....Khamis sudaaaa....cepatnya masa berlalu.
Kadang-kadang kakpb rasa seperti pejam celik, pejam celik dah berubah.
Umur makin meningkat, anak makin menginjak dewasa, barang-barang naik
harga.....gaji?? Oppss....kakpb tak kerja tak boleh komen lebih2
melainkan barang dapur dan keperluan diri tak cukup baru boleh
membebel....hehe..
Semalam teringin makan Roti Kerca, nampak kat blog Damai Kalbu
nak kata laksam, bukan. Rupa laksam tu dah ada. Bila tengok
resipinya......ohh..macam resipi roti jala. Jadi kakpb buat lempengnya
tu seperti resipi roti jala saja. Maaflah tuan punya resipi, kakpb tak
ikut sepenuhnya seperti asal. Cuma kuah tu yang kakpb buat sama, itu pun
kakpb tak guna santan, ganti dengan susu cair (takde santan sebenarnya)
Ni dia rupa bila dilempengkan dan di gulung. Macam kita buat kuih
dadar/ketayap. Kakpb letak warna kuning sedikit. Saja gatal letak.
2 cwn tepung gandum
2 cwn air biasa
1 biji telor
1 sudu minyak masak
pewarna kuning
kuali non-stick
Itulah dia, bila dah potong-potong jadi cantik pula kan? Anak bujang
kakpb makan dua kali tambah. Kakpb ubahsuai sikit, letak fishball.Terima
kasih bagi mereka ini yang telah berkongsi resipi.
ROTI KERCA
@blogsurirumah
copypaste dari Damai Kalbu
olahan asal : Ayu Jalinan Rasa (fb)
Bahan kuah;
300-400 daging/ayam cincang
1 biji kelapa [sukatan 7 cawan air] *kakpb ganti susu cair
30 gm serbuk rempah kari daging [bancuh sedikit dengan air untuk dijadikan paste]
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200 gm tomato puri [1/2 tin besar] *kakpb guna sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
fishball - kakpb tambah sendiri
Cara memasak kuah;
1.Tumbuk lumat bawang dan halia.
2.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk tadi, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga harum.
3.Masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan santan.Kacau hingga mendidih.
5.Akhir sekali masukkan daging/ ayam cincang, tomato puri, garam dan gula.
6.Tunggu hingga daging masak dan
siap.Sementara menuggu kuah mendidih, bolehlah gunting serong kesemua
gulungan tepung tadi.[gulung seperti membuat laksam].
Kakpb sedar diri, gambar2 masakan kakpb takde yang menarik pun. Tak
seperti blog masakan lain yang gambarnya canggih, hiasan menarik, props
mahal dll. Tapi inilah kakpb yang sebenarnya. Kongsi apa yang kakpb ada
saja. Mungkin sebab itulah blogger popular tak sudi nak komen kat sini.
Mungkin juga datang bertandang sekali lalu......tak apalah.....tak baik
bersangka buruk dengan orang yang kita tidak kenal rapat kan?
nak juga mkn klu ada...ada lg ke/
BalasPadamsedapnya.. boleh cuba ni.. ada resepi sekali..
BalasPadamRoti tu macam roti jala yek..senang sikit tak payah kirai2 :)
BalasPadamAssalam kak bp. rupa memmang sama dgn l;aksam dah, agaknya sedap juga ni cicah dgn susu atau mkn dgn kaya ni kan
BalasPadamoo macam ni ke roti kerca .. macam roti jala je ... cuma gulung macam tu ...
BalasPadamKalau makan dengan kuah laksam pun ok gak kot....hisssshhhh!!!!! kalau dah malas nak mengukus tu ade je alasan kan....
BalasPadamhihi.. ingatkan dua kali berturut2 wat roti kerca, rupa2nya terdelete..
BalasPadamsedap nye... nak cub nanti..
BalasPadamkalu pekena dgn sambal pon ok jg ni
BalasPadamkak...wah...nampak macam sedap je...nak try buat dekat rumah..hehehe..mintak2 jadi buat... :)..
BalasPadamkak...wah...nampak macam sedap je...nak try buat dekat rumah..hehehe..mintak2 jadi buat... :)..
BalasPadam