my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tauhu Sambal dan Udang

Hari ni kakpb masak awal pagi sebab cikgu fahmi jaga exam upsr hingga ke petang. Masak nasi lemak, rendang ayam dan sambal tauhu. Dah lama tauhu dalam peti, sebelum kena sound dengan cikgu fahmi baik kakpb masak sambal.
Nak resipi juga ke? masak simple je ni....dah tayang kat instagram hari tu. Hari ni kakpb masak lagi cuma tambahkan kentang.

Tauhu Sambal dan Udang
@blogsurirumah

1 keping tauhu (kakpb beli yang tebal dan lembut, bagi dua)
1 mangkok kecil udang segar
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
4 biji lada hidup merah dan hijau
sedikit asam jawa
garam dan gula

Goreng tauhu dalam minyak. Angkat dan potong kiub (besar2)
Blend kasar lada merah, bawang merah dan putih.
Tumis bahan kisar dan masukkan air asam.
Masukkan udang, garam dan sedikit gula.
Hampir kering, masukkan tauhu. Gaul rata.

nota kakpb: sedang tonton Blue-Eyed Butcher
syukurlah suami kita tak pukul bantai mcm dlm cerita ni...



5 ulasan:

  1. salam kak..

    sedapnya tauhu sambal udang tu..

    BalasPadam
  2. Walaupun nampak ringkas, makan dengan nasi panas sedap tu Zana. :)

    BalasPadam
  3. salam kak pb.. tun kalau sambal mmg lajuu je makan. letak la ape2 pon dlm tu.

    BalasPadam
  4. saya suka mkn tauhu tp x pandai nk buat msk apa... nk try gak ahhh... sedap nih..,
    salam kenal.. http://kakngahsihat.wordpress.com

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)