my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sedih

Dialog suami isteri ketika minum-minum di kedai......

"Saya sedih laaa....."
"apasal nak sedih? patutnya awak gembira mereka nak pergi ketempat yang suci, nak beribadat"
"memang la happy, takkan sedih pulak.....tumpang gembira untuk mereka"
"habis tu? apa yang sedihnya?" > dengan wajah sinis > hati isteri terbakar la pulak!!

"sedihlah....dia kan kakak saya. satu-satunya kakak yang saya ada. dia tempat saya mengadu ketika saya gembira dan bersedih" > dah rasa nak menitis air mata, tahan dulu.

"awak tak patut sedih. sepatutnya awak bergembira kerana dia telah sampai seru rukun Islam yang ke lima...bla..bla..bla..."
"saya rasa ada salah faham di sini, saya sedih kerana nak berpisah dengan kakak saya. entah dapat jumpa lagi entah tidak. entah saya pergi dulu....."

Encik suami terdiam. Soal hati ni susah nak jelaskan. Sama juga kalau kita dah suka pada seseorang, walau dihalang ditentang bagai, kalau hati dah suka.....bolehkah sesiapa menyekatnya? Lelaki pula kurang peka soal begini.

Tapi yang peliknya, masa bercinta bukan main 'memahami' si kekasih. Bila dah 'berdua' entah kemana pergi perasaan itu.

nota kakpb: bukan tak puas hati, saja berkongsi

6 ulasan:

  1. haaa.. itu yg orang skrg selalu sebut, dah tak kesefahaman.. hehehehe..

    BalasPadam
  2. orang lelaki lebih peka pada yang tersurat je, tak peka pada tersirat...agaknya la :)

    BalasPadam
  3. Doa kakak juga buat kakak zana yg nak tunaikan ibadah Haji moga dipertemukan kembali dgn zana.

    Ujian dalam hidup selalu menagih kesabaran Zana..

    BalasPadam
  4. sabar ye zana..itu semua ujian dari Allah utk hambanya...

    BalasPadam
  5. Semoga akak selamat dan beroleh keberkahan bila ke tanah Suci nanti..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)