my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Muffin pisang dan cheese tart Alam Sari

Akhir2 ni kakpb jarang dapat blogwalking blog kawan-kawan. Bukan tak sudi.......bila duduk depan pc, kakpb boleh tinggalkan komen. Takde masalah. Cuma bila kakpb guna tablet dan S3 kakpb tak boleh komen guna account google. Tak tahulah kenapa. Nak kata kena virus....tak pasti pula. Mungkin ada masalah dengan blogspot kot.....Itu yang kakpb pergi blog kawan boleh baca je. Jika dia ada account google bolehlah kakpb komen disitu. Jika tidak.....kakpb tinggal message di shoutbox saja jawabnya.

Dalam sehari dua ni kakpb tak dapat update selalu. Entry baru ni tentang Ayam Kurma Sedap pula terhilang dari blog. Gara2 buka blog guna S3, hambik kau.....hilang entry dengan komen2 sekali. Nak buat balik, tak kuasa la pulak. Bagaimana pun entry Roti Kerca tu kakpb dapatkan balik dengan cara, klik sini. Satu lagi entry tak dapat cari, redha je laa....

Oh ye, hari selasa lepas kakpb jumpa AlamSari dan entry dia dah pun ada di blog. Baca kat sana la ye.....khamis ni nak terbang balik dah. Harap Sari/Yusa seronok ketika bersama kami. Takde apa hadiah yang istimewa.....hanya cenderahati kecil. Tapi yang lebih bermakna adalah persahabatan kita tu, mudah2an hingga ke tua....hehe..

 Muffin ni bukanlah untuk SK, saja je buat sebab kakpb sukakan muffin pisang. SK kakpb dah bagi karipap sardin. Lupa la kat mana ambil resipi ni.....kakpb catit ikut yang kakpb ingat ye..

1 cwn tepung naik sendiri
1 sudu besar susu tepung
1 biji telor
1/2 cwn pisang emas lecek
1/4 st soda bicabonate (lupa letak)
70 gm butter
1/2 cwn brown sugar (kakpb guna gula castor)
1/2 cwn coklat chips
secubit garam

Putar butter dengan gula hingga sebati. Masukkan telor dan putar lagi.
Masukkan telor dan pisang lecek.
Masuk tepung, coklat chip dan susu tepung.
Bakar dalam papercup selama 25 minit (bekas kakpb tu agak besar) suhu 180C.



Pemberian (ada kos yg tak disebutkan ye) dari SK dah tinggal separuh. Anak bujang kakpb buat sarapan. Cuma dia kurang suka dengan rasa bluberry (dia memang cerewet) Jadi, yang dia tak suka tu ibu dengan ayahlah kena makan. Terima kasih SK kerana sudi terbangkan jauh2, susah payah bawa. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa di Johor ye.





9 ulasan:

  1. Cheese tart..lm dh tak mkn.sedapnya.

    BalasPadam
  2. Persahabatan yang tulus tidak perlukan bayaran, kan Zana... :)

    BalasPadam
  3. sedappnyerrrrrrrrrrrrrrrr........hmmm....nk tryyy....hehee

    BalasPadam
  4. Kakak dah nampak karipap zana yg SK dapat tu. Hari ini nampak cheese tart SK utk Zana pula...

    Indahnya ukhuwah ini...

    BalasPadam
  5. Cheeze tart mmg sedap.. klu mkn slalu rasa x cukup je. Thanks sharing :)

    BalasPadam
  6. Salam kak pb.. tun pon suka mkn mapin/kek pisang.. mmg lajuu je makan kalau buat.

    BalasPadam
  7. salam kak.. rasanya lama sungguh sy tak buat muffin. nak tganu baru ni sempat godek kek choc moist je.. tp terlupa plak nak snap gambarnya.. hehe..
    seronok eh dpt jumpa kwn alam maya.. mudahan persahabatan kekal selamanya..

    BalasPadam
  8. alaaaaaaaaaaaa.. kenapa kita tak dapat muffin pisang tu, majuklah!! Ahaks!!


    OOOoooooOOOO.. tak suka blueberry rupanya anak bujang Kak Zana tu. Cerewet2 ni kena cari org yang tak cerewet bila nak bermenantu nanti Kak Zana.. kalau dua2 cerewet, haru dibuatnya, hehehe.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)