my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sambal Sardine Adabi

Selama ni kakpb guna sardine biasa yang tin merah tu, King Cup kalau tak silap. Jenama ni memang sejak dari emak kakpb dulu jadi kegemaran. Hinggakan nak tukar jenama lain pun agak susah kerana dah terbiasa.

Sekarang sardine dah naik harga. Daripada RM3 lebih yang tin besar tu (kalau tak silap) meningkat ke RM5 lebih rasanya. Mahal betul kan? Untuk makan 3 orang seperti keluarga kakpb setakat tin kecil, dah mencukupi. Tapi keluarga besar? Mana cukup 1 tin kecil, mesti tin besar. Sekali sekala tidak apa. Selera kita ni kekadang bosan makan ikan kembong, cencaru, merah dan lain-lain.

Kakpb akan masak sardine bila mood malas melanda. Cicah dengan cekodok, roti atau biskut krim kraker....fuhh...memang lupa diet seketika.


  
Nak resipi juga ke? Masak simple begini sekali adap je dah licin. Oklah...kakpb tulis juga cara kakpb masak. Untuk mereka2 yang baru belajar masak, mungkin malu nak bertanya boleh la curi-curi tengok resipi kakpb ni.....hehe....

1 tin kecil sardine adabi
1 labu bwg merah besar
2 biji cili hijau hidup, hiris biasa
2 ulas bwg putih 
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa, ambil airnya
garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali.
Bawang putih cincang atau hiris. Bawang merah di potong kasar, potong melintang.
Tumiskan bawang putih seketika, masukkan cili kisar.
Biar masak betul, baru masukkan ikan sardine bersama kuahnya.
Masukkan air asam.
Perasakan dengan gula dan garam.
Akhir sekali masukkan bawang potong dan cili hijau potong

Kadang-kadang kalau takde asam jawa, masukkan tomato sos sebagai ganti. Kakpb lebih suka asam jawa. Emak suka buat cair tapi kakpb buat pekat sebab nak cicah dengan cekodok. Cubalah.....untuk jadi tukang masak yang terbaik, kena cuba masakan yang simple dulu...hehe...seperti puan blog ni...haha..perahsantan!!

nota kakpb: suka pula sardine adabi ni, ikannya comel2 je..

10 ulasan:

  1. Ha mak iman suka yg kingcup.tapi loni mahal la kak jadi ore pkai cap adabi kot.murah kan kak..?

    BalasPadam
  2. sekali sekala mamam lauk sardin ni mmg sedap tp kalu brand ayam tu tin besor la nih dah rega rm6.80..mahal kan!

    BalasPadam
  3. Ros selalu guna ayam brand.....pasni blh la try Adabi plak....after all rasa yakin skit dgn kebersihan prod Adabi ni

    BalasPadam
  4. kat sini mala guna sardine dari Philipine

    BalasPadam
  5. Assalam k zana
    Sekali sekala msk sadin naklg bila xda idea he hee sedappp kan
    Sy suka buh cili padi fuhhh laju je
    Biasa beli king cup dan ayam brand

    BalasPadam
  6. Sy suka lauk2 mcm ni.. especially buat breakfast, makan dgn lempeng.. :)

    BalasPadam
  7. saya terkejut tgk..biasa beli utk buat sandwich,harga rm6.70...2,3 hari lepas dah jadi rm7..

    BalasPadam
  8. Salam Zana..

    sedapnyer...lama tk masak sardine...tkasih sudi bertandang ke teratak sy...

    BalasPadam
  9. salam zana..fav en somi ni..baru kejap ni td beliau bertanya..nape tak masak sardin..hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)