Assalammualaikum, buat apa tuuuu? Update entry ke.....atau lepak-lepak dengan famili di shopping mall? Cuti hujung minggu, dah gaji pula tu kan.....apa lagi...aktiviti mengabiskan duit, betul tak? Kalau dah beli barang dapur, bayar kereta, bayar rumah, sekolah anak....tu kira menghabiskan duit juga. Tapi untuk yang berfaedah dan kewajiban untuk keluarga harus didahulukan....tak salah pun.
Oh ye....ada ke lagi blogger yang nak turun Sabah. Boleh kakpb sambut dengan karipap frozen...hehe...sebungkus je tau. Inti kentang sardin, ayam dan daging.....hehe...kalau tak makan sardin tu, rugi yang amat. Tak percaya....tanya Seri Kandi kakpb tu....hehe...cercite sikit...
Hari ni saja nak share gambar-gambar yang kakpb ambil beberapa hari lepas. Tanjung Aru first beach diwaktu senja. Cuba tengok...betapa cantiknya keindahan Allah ciptakan untuk kita yang dikasihi. Tenang dan damai.....janganlah kita cemari ia dengan sampah sarap, botol arak, tin minuman dan sebagainya. Bumi Allah ini juga perlu dicintai, disayangi.....
Matahari hampir melabuhkan tirainya. Ketika ini baru pukul 6.10 petang, hampir masuk waktu maghrib sudah. Kalau menyewa hotel sekitar Tanjung Aru, bolehlah turun makan disini, betul-betul berdepan dengan pantai. Best tak?? Mereka yang berbulan madu, seronok ler.....tapi kakpb yakin hotel sekitar sini mahal gila.
Hampir terbenam....masing-masing mengeluarkan camera, merakam detik indah untuk kenangan. Kakpb pun setiap kali datang sini, tak sah tak ambil gambar. Tak jemu-jemu.....
Kalau menginap sekitar KK, petang hari boleh melepak di sepanjang jalan menuju ke Suria Sabah. Ada disediakan kerusi mengadap laut. Boleh la duduk santai sambil berkisah dengan sidia pertemuan manis ketika bercinta dulu. Mata tak lepas memandang laut didepan. Air berombak lembut ibarat perjalanan hidup kita ni yang menempuh pelbagai onak dan duri.....huhu....falsampah yang tah apa-apa.
Model macam di paksa. Perasan tak model bergaya macam penyanyi nasyid, ayu dan sopan....kahkahkah...gayat sebenarnya kalau bergambar tepi2 gitu. Model tak pandai berenang der...jatuh kelaut....jenoh cikgu fahmi nak menyelamatkannya.
Belakang Suria Sabah ada juga tebing untuk mereka santai petang hari. Punyalah lama tinggal kat Sabah, baru ni kakpb jejak tempat ni.
Akhirnya....kami bertemu juga. Kenangan manis bila bersua muka. SeriKandi yang tinggi menjangkau bersama suami dan anak gadisnya Yaya/Iman. Wajah yang mudah tersenyum dan lembut orangnya. Entah apalah agaknya dalam hati SeriKandi bila jumpa kakpb. Senyuman kakpb taklah semanis yang SK tengok di foto kan? hehe....tapi kakpb syukur sangat kurniaan Allah pada kakpb. Punya rakan maya yang sangat baik dan terasa kasihnya dihati ini.
errr....foto kelihatan pendek sebab tukang ambilnya tinggi menjangkau...hehe..
Suka tngok gambar sunset tu.. cantik. :)
BalasPadamCantiknya permandangan...husben pun ada kat KK sekarang ni..sejuk sangat katanya..bila lak saya nak pegi KK :)
BalasPadamSalam kak zana...cantiknya permandangan matahari trbenam tu..bestnya klu dpt saksikn depan mata...
BalasPadamcantik pemandangan di Tg Aru.. ooo.. tempat satu lagi tu lain kali kena pergi (bunyiknya macam nak datang lagi.. ngeee).. Eh, takde pandangan2 la... cuma sy segan bergambar di sebelah Kak Zana yg comel (kenapalah sy ni besar sgt.. huhu)
BalasPadam