my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Donut Keledek Oren

Salam semua. Cuti 3 hari ni kemana agaknya ye? Mesti ramai yang balik kampung atau jalan-jalan makan angin. Kakpb tak kemana pun. Cuaca pun hujan je setiap hari. Kalau nak ketempat yang berbukit atau gunung Kinabalu, risau pula banjir dan tanah runtuh. Lepak kat rumah, masak, makan dan tonton tv atau wayang di panggung saja.

Tadi sempat selesaikan keledek oren yang dah seminggu terperap kat dapur. Donut keledek pilihan kakpb selepas cekmek semalamnya. Kembonglah perut melantak keledek je beberapa hari ni......

Sebenarnya kan......masa kakpb goreng donut ni, gas habis kauuu!! terendam sekejap donut gebu2 tu dalam kuali. Cepat2 kakpb on dapur Frico, panaskan kualinya dan alihkan donut kedalam kuali satu lagi. Sementara cikgu fahmi pergi beli gas, donut pun dah habis goreng. Saja buat lebih untuk frozenkan, senang bila2 nak makan atau ada tetamu dah ada kuih nak dihidang.

Donut keledek ni memang lembut gila. Dari semalam lagi kakpb dah tertangguh nak buat sebab kesana kemari. Teman anak bujang ke klinik bola dia je dah 2-3 jam, balik rumah dah 10 mlm, mana larat nak mengulinya? Tu yang pepagi tadi sebelum pergi pasar, kakpb uli dulu. Lepas tu tutup dengan kain basah. Lama jugalah tinggalkan, dalam 2 jam gitu. Balik dari pasar terus kepal2 dan canai.

Mulanya kakpb merayap dapur Ayu Singapore. Resipi asal dari Kak Wan dan diolah semula oleh K.Nor SecubitGaram. Terima kasih semua2nya kerana memberi panduan dan resipi yang cukup sedap, gebu dan tak jemu bagi kakpb.

DONUT KELEDEK OREN
@blogsurirumah

 Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
         ~
minyak 
gula castor secukupnya

 Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.

Ni je goreng untuk makan tengahari tadi, lain2 dah masuk peti ais.

1 ulasan:

  1. Dah lama sy x makan donut keledek.. rindu pulak rasa nk makan :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)