Fuhh...fuhh...berabok blog kakpb ni, malas betul nak update. Maklumlah....minggu lepas puasa enam, dah pun raya jumaatnya. Sabtu dan Ahad sibuk open house dan karipap frozen tempahan dari makcik. Bila dah lama tinggal, bukan senang nak dapatkan mood untuk update.
Cerita open house tak best, tak payah cerita la ye.....
Nak cerita pasal tempat paling ramai orang berkunjung di Sabah, pantai Tanjung Aru. Baru ni kakpb jogging (jalan je sebenarnya, tak kuasa nak letihkan lutut ni) di sana. Masuk kat Tg Aru Second Beach je, tercengang kami berdua. Lama betul tak datang sini, sejak sebelum puasa hinggalah dah penghujung syawal. Kawasan disana dah terang benderang berbanding dulu yang banyak pokok dan semak samun. Tinggal pokok yang dah agak berusia, mungkin sengaja tidak ditebang.
Kami jalan sekitar pantai dan ada beberapa buah rumah yang baru dibina (belum lagi dibuka untuk pelawat) dari kayu dan dindingnya juga kulit kayu.
Sekadar ambil sekeping dua. Entah2 lepas ni kena bayar bila nak masuk.
Paling mengejutkan, restoran yang biasa kami lepak minum2 dan makan rojak buah pun sudah lesap. Sini ada satu je restoran. Disebelah kanan restoran ini terbina pentas, mungkin untuk sambutan hari Malaysia pada 16hb September nanti. Syukurlah ada juga perubahan.
nota : apa2 perayaan disini, jangan harap cikgu fahmi nak bawa isteri dia....
bosan jem katanya!!
salam kak pb..
BalasPadammemang best jalan2 d tg aru tu..paling suka kalau dapat minum jus buah saiz gelas giant tu..memang sedap dan menyegarkan..harga jeruk buah pun sangat murah..
Salam akak...
BalasPadamDua tahun lepas pernah singgah ke Tanjung Aru, lepak2 dan jalan2 almaklumlah org Semenanjung dah sampai Sabah mesti nak singgah sini.
Cantiknya zana... nampak nyaman betul. Kalau santai-santai pun boleh lena dibuatnya..
BalasPadambelum penah smpi ke sn lg... rp2 ada rezeki kelak
BalasPadamRaya ketiga hari tu sempat singgah sini, kami bermalam pun di Seapark Condotel Tanjung Aru juga.
BalasPadamSalam kak zana.. tun pergi sini amik gambar sunset. cantik!
BalasPadamMeh sue tolong sapu2 sawang meh. Heheheee. Cantik pemandangannya. Beruntung dpt menikmati keindahan yg cantik2 tu kan :)
BalasPadam