AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)
Bahan A
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air2-3 helai daun pandan (simpul)
Bahan B
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)
Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
terima kasih pd en Rozzan atas resepi ni, walaupun keras sikit agar2 tu, rasanya sedap.
letak dlm peti ais dulu, makan masa sejuk.......emm......lazat.....
boleh cuba resepi nak.. buat utk anak2 mesti diorang suka
BalasPadamrumit tp mesti sedap kan :)
BalasPadam