my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mimpi jadi kenyataan....

Sebenarnya drp hari sabtu lagi dah usha kat one borneo tapi belah petang. Orang ramai gila masa tu, parking kereta pun takde kosong. Maklum, ada audition af7, berebut2 agaknya datang dari pagi.
Tadi siang, aku pulak berebut2 ke One Borneo. Pukul 11 pagi dah terpacak kat sana. Apa pun aku tak bawa untuk 'si comel' Riz. Dalam hati ku dapat tangkap gambar pun jadi la........

Masa kami berlegar2 di depan stage tu, orang tak ramai lagi tapi kat tempat duduk mereka2 yg audition tu memang penuh. Ada juga yg berbaris panjang, ada yg sedang tulis borang.......macam2 rupalah ada situ......mata ku hanya mencari Riz, tapi hampa........
Sebenarnya aku ni tak tau program astro, main redah je.........rupanya bebudak af ni nyanyi dlm pukul 1 ptg.
Hemm.......nampaknya kena isi perut dulu le.......sebelum tu kami shopping kat Giant. Beli sterika utk adik ipar, beli barang dapur, buah2an dan serba sedikit yg dah habis kat rumah. Lepas shopping tu, lalu lagi depan stage, masih takde apa2. Bosan menunggu, kami pergi mengisi perut kat mc donald. Lepak2, sembang2 dengan suami dan anak, tak sedar dah pukul 1 lebih. Bergegas ke stage, tengok2 Riz tengah nyanyi dgn Nadia. Alamak........tak sempat nak snap gambar dekat2 sebab orang dah ramai. Aku pesan kat suami, tolong ambik gambar Riz sebab aku nak pergi beli donut big apple.



Lepas beli tu, ingat nak tulis nota sikit utk Riz. Alaa.....pen takde pulak!! Ahh...redah je la. Balik kat tempat suami tunggu tu, dia terus ajak ke tepi stage. Aku tertanya2 jugak, laki aku ni ada kenal org astro ke? Dia cakap kat salah sorang krew nak jumpa Riz sebab nak bagi barang. Nasib baik mood brader tu ok. Dia pergi panggil Riz. Aku ni berdebar2 jugak, maklum la, selama ni 'memuja' di luar je........

Riz keluar dengan wajah sedikit terkejut. Mungkin tak sangka, tetiba ada orang nak jumpa. Kami bersalaman dan aku jelaskan ini 'Riezzana' dari fan club dia. Dia angguk2 dan mungkin dia ingat (harap2 dia ingat) Big apple pun bertukar tangan. "Susah2 je beli....." kata Riz dengan senyuman sentiasa di bibir. Kami berfoto sambil di perhati oleh orang di sekeliling. Sebelum pulang aku hulur juga big apple utk Nadia. Tak sempat nak tunggu dia orang nyanyi solo. Dapat jumpa ni pun dah syukur.
Tak sangka......!! punyalah minat kat Riz drp menetap di semenanjung, tak pernah ada peluang berjumpa. Tetiba dok kat KK ni boleh bertentang mata.......sebenarnya aku ada cakap kat suami, malam semalam aku mimpikan Riz, siap bagi no telipon lagi.....tu yg dia bawa pergi One Borneo tu........hehe.....sayang Ayah!! Lain kali kalau Riz datang Sabah lagi, kita prepare awal apa nak bagi.
Untuk Riz..........akak akan sentiasa menyokong kerjaya Riz. Segala kekurangan dan kelebihan Riz akak terima seadanya. Moga Riz berjaya 'dunia dan akhirat'...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)