my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tengok wayang....GENG!!


Selepas selesai urusan di jabatan imigresen, kami menuju ke One Borneo, bukan nak celebrate valentines day ye...........nak tengok wayang....upin dan ipin. Cerita ni dah tentu bukan citarasa aku dan suami tapi sape lagi kalau bukan Aziz.

Show pukul 12.30 tengahari, ada masa ronda2 dulu. Kebetulan ada pamiran di sana oleh jabatan pendidikan, maka penuh la dengan budak2 sekolah dan pelajar2 u. Sambil lepak, pekena oreo aiskrim dan chocolate shake di mcDonald. Mana la nak kurus.............sejak pindah sini rasanya badan ku dan suami, makin menjadi2 tembamnya. Ye la.....exercise kurang.........

Kami duduk sederet dengan student2, aku rasa. Suami dan aku senyap sunyi tidak bersembang. Akhirnya kami tidur dan Aziz sorang melayan cerita. Tapi bila aku dengar orang gelak2, aku cuba juga menghayati cerita Geng ni. Best jugak.........terutama bila mereka sesat dalam hutan dan berkenalan dengan seekor Opet. Watak setiap orang hidup.......hingga tak sedar cerita dah nak habis. Saat penghujung cerita aku rasa sedih dan menitis juga airmata dalam gelap2 tu. Sedihnya bila si Opet nak berpisah dengan Rajoo, Upin dan Ipin. Walaupun hanya animasi, hati tersentuh dengan dialog mereka yang tidak kaku.

Boleh dikatakan aku bangga di Malaysia ni ada filem seperti ini. Nak terangkan lebih2, aku bukan pandai sangat komen pasal filem. Lebih baik siapa yang ada masa terluang tu, pergi tengok sendiri. Bawa anak2, adik beradik, kawan2 pun ok juga. Sesuai untuk release tension bagi mereka yang inginkan hiburan ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)