
Tak jadi piknik..
Entry yang lepas, aku ada cerita nak pergi piknik pd hari sabtu lepas, hampeh!! Sebenarnya aku dan suami tak sependapat bila sepatutnya keluar piknik. Aku lebih suka pergi belah pagi tapi suami lebih suka waktu petang. Sudahnya, petang tu hujan lebat pulak.........dengan ribut petirnya........alamat berpiknik kat rumah je la kami......tu lah, org cakap pergi pagi, taknak dengar. Tapi ok gak hujan, dah lama tak hujan di KK ni. Rasanya dimana2 pun sekarang ramai yg mengeluh tak hujan. Jadi, syukur alhamdulillah hujan turun hari tu walaupun plan nak bersuka ria tergendala. Nikmat Allah kena terima dan redha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)