my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Lempeng mini

Kalau bosan nak makan nasi, aku selalu buat lempeng ni, pancake......org putih kata......
Sebenarnya sesuai untuk anak2 tapi kalau anak tak makan, maknya yg 'bedal' (utk mengelak pembaziran)

Resepi drp majalah Rasa...

bahan-bahan:

315 gm tepung gandum

15 gm serbuk penaik

sedikit garam

500 mml susu UHT

2 biji telur

65 gm mentega - di cairkan

30 gm gula kastor

Cara memasak:

1. Ayak bersama tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian campurkan bersama gula. Gaul mesra.

2. Tuangkan susu dan gaul sebati.

3. Masukkan telur satu persatu, kemudian masuk mentega, kacau sebati.

4. Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan satu senduk adunan.

5. Bila permukaan kelihatan berbuih2, terbalikkan dan masak sehingga kekuningan.

rasanya sape yg ada anak dara umur 9 atau 10 thn pun boleh buat lempeng ni......makan dgn madu atau syrup..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)