Lupa pulak ikan apa ni masa snap gambar dulu, kalau tak tenggiri, ikan tongkol kot. First time aku tengok ikan yg begitu besar dan segar lagi. Gambar kurang terang sb guna hp.
Semenjak pindah ke Sabah ni, aku lebih suka masak sendiri walaupun sebenarnya kekadang malas nak buat benda2 yang remeh tu. Tapi nak buat macam mana kan? Tekak nak makan, selera membuak2 teringin. Kalau di semenanjung kita boleh dapat dengan mudah samada di restoran besar atau di pasar malam.
Baru2 ni aku dan suami ke pasar besar KK. Bukan baru ni pergi, dah banyak kali, cuma tak habis round satu pasar tu. Cadang nak buat laksa Johor. Biasa la orang Johor, laksa ni jadi kebanggaan orang sana. Setengah orang tak suka tapi kalau pandai buat..........mesti nak rasa lagi.....
Setiap lot kedai kami jengah, cari timun, susahnya nak jumpa. Pelik juga kan? Kalau kat semenanjung, berlambak2 timun ni.........tak susah nak cari. Sebelum ni aku beli di pasar filipine kat luar pasar, takde la mahal pun. Tapi pasar dia orang tak buka pula hari biasa atau mungkin buka sebelah petang kot.
Bila dah jumpa tu, mak aii.......mahal gila!!! ada ke patut sekilo RM4.......beli sebiji dah RM2. Timun yg satu jenis lagi tu (warna hijau pekat, org kata timun madu) lagi la mahal.......RM5....
Bukan la berkira sangat pasal makan ni, cuma kekadang terfikir juga, kenapa orang di sini yang punya tanah subur, luas terbentang, ada peluang untuk berniaga tapi tidak berminat menjadi peladang. Ntah la........mungkin kita mudah beri pendapat tapi tak tau apa masalah yg mereka hadapi.....
Bawang merah besar pun mahal juga. Sekilo RM5. Kalau di semenanjung, seguni......baru RM9. Rasa macam nak terbang balik sana je, beli barang2 keperluan dapur ni. Belacan pun aku rasa mahal di sini drp sana. Ada juga yg murah disini seperti ikan, udang, sotong, segar pula tu. Tapi kerang disini besar2 dan mahal. Ada kesempatan nanti aku snap gambar bila ke pasar.
Gambar di atas tu, laksa johor yang ku buat semalam. Tengok la.......kurang rencah, takde timun dan tauge. Sambal belacan tu aku campur dengan buah tomato di hiris2. Daun kesum, bawang besar dan bunga kantan sbg ulam. Ikan kembung aku guna yg besar, 2 ekor. Cukup la makan berdua. Itu pun sampai esok tak habis lagi......
Pada kawan2 yg nak datang rumah ketika bercuti ke Sabah, inform awal2, boleh kak zana jamu dengan laksa Johor..........
ehemmm...Salam tuan punya Blog..waa Perkataan SABAH tu besar..ok saya terima artikel ni sebagai pendapat peribadi tuan punya blog terhadap SABAH.
BalasPadamBagi saya la harga sesuatu barang mengikut pada tempat. Disemanjung pun bukan semua tempat murah harga barang...sebagai contoh di KL la Sayur KOBIS pun 1/4 sahaja dah Haraga RM1.50 kalau saya bandingkan di tempat seperti Ranau harga Kobis 5 biji baru RM2.00..kerang di sabah memang mahal sebab org sabah tidak gemar makan kerang dan mungkin bukan tempat penternakan kerang..
Berkaitan dengan makan ni saya lebih suka pada apa yang kita cakap pergi ke tempat org bukan nak ikut selera kita so mungkin kita pergi ke sesuatu tempat tu penduduk disitu angap makanan tu sedap..so takanla kita makan cakap kat kedai tu you masak tak sedap la...huhuhu...contoh la org semanjug suka makan ulam kalau masyarakat di sabah ulam yang di makan itu sebagai rumput sahaja yang tumbuh di depan rumah dan tepi tepi longkakng hehehe...
saya suka cadangkan tuan punya blog pergi la beli sayur di pasar lain...jangan la beli di KK tu pergi la di inanam ke tuaran ke atau pun ranau baru la kita boleh banding kan harga yang sebenar..Harga barang yang dinyatakan oleh tuan punya blog bukan harga barang skeseluruhan Negeri SABAH...
Saya mula2 ke semanjung makan di restoran rasa makanan semua pedas pedas begitu juga dengan org semanjung pergi ke sabah makanan di sabah tidak pedas.. so apa yang kita faham disini adalah perbezaan cira rasa :D
saya rasa tuan punya blog ini kene la pergi berjalan-jalan lagi mecari kesesuaian diri dan memenuhi kehendak yang diidamkan..
Wasalam
YB Sabah
aku rase makanan sabah sedap je..ye la kan mgkin mknan sabah berbeza ngan smnjug kot tapi ape2 pn sabah best :D
BalasPadamwaalaikumsalam YB Sabah dan Suraya, terima kasih kerana sudi baca luahan hati saya. Apa yg saya catit adalah pendapat peribadi dan harga yg saya nyatakan hanya di sekitar KK. Saya pernah beli sayur di Kundasang dan Ranau. Di sana memang murah berbanding di KK. Saya tidak kata di semenanjung semuanya murah dan makanan di restoran sana semuanya sedap belaka.
BalasPadamSaya juga faham, makanan di sini tidak sama atau sesuai dgn selera saya. Saya tidak kata org sabah tidak pandai masak sebab saya ada famili yg mmg org sabah tp mereka masak sedap bagi saya.
Apa yg saya kata atau maksudkan ialah saya selalu makan di restoran dan saya bandingkan kesedapannya dgn makanan yg saya biasa order disemenanjung, berbeza bagi saya. Kalau orang lain rasa kecil hati, saya minta maaf. Tiada niat menyinggung sesiapa apatah lagi saya punya ramai kawan diSabah.
Setakat ni saya dah ke Tawau dan Lahad Datu. Mungkin saya tidak akan komplen lagi bila dah 2 atau 3 tahun di sini. Mungkin saya akan rindukan makanan org Sabah pula.....sape tau kan?