my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roll Tuna Sandwich

Selamat berpuasa dan moga apa yang kita lakukan dibulan mulia ini mendapat rahmat dariNYA. Amin....

Macam takde mood je nak update blog. Nak tau kenapa? Sebab roti yang aku buat ni tak berapa nak menjadi. Entahlah.....sejak bulan puasa ni, apa2 jenis kuih yang aku buat semua tak memuaskan hati rasanya. Tak taulah tekak orang lain (org lain tu, mereka dua beranak je...hehe..) Tapi kalau masak lauk pauk, hubby ku kata, sedap pulak.......kata dia....baik awak puasa hari2, barulah masakan tak masin sangat. Biasanya dia komplen kalau hari2 biasa, aku masak 'masin'......hehe....kalau anak dara, orang kata nak kena kawin. Tapi kalau mak2 orang macam aku ni, kena pergi kursus memasak ni!!!

Tak kisah la......yang penting kita buat untuk keluarga tercinta, betul tak? Jadi atau tidak yang kita masak tu, masin ke tawar......yang penting kita dah mencuba yang terbaik. Esok2 kita perbaiki lagi kekurangan kita.

Oh ye, kali ni aku buat roll tuna sandwich tak berapa jadi. Mungkin terlama dalam oven agaknya jadi roti tu rasa kering sedikit. Terpaksalah mencicah dengan kuah kari atau air. Kalau tak, masa makan tu kena tolak dengan air minuman. Nanti nak cuba lagi, tak puas hati ni. Apa2pun aku kongsi juga resepi dari Matgebu...http://tiffinbiru.blogspot.com/...terima kasih ye Mat!!

ROLL TUNA SANDWICH

250gm tepung roti
50 gm gula halus
1/2 camca teh garam
10 gm susu tepung
1/4 c.teh bread improver
1/4 c.teh bread softner
30 gm telur (pecahkan sebiji dan timbang)
6 gm instant yis
20 gm mentega
125 gm air suam

Bahan tuna saya guna yang dalam tin je, sesiapa yang nak buat sendiri boleh la ke blog Matgebu ye!!

Untuk roll tuna :-

Satukan semua bahan kecuali mentega kemudian ketepikan. Mungkin biarkan doh kembang (aku silap buat, terus canai)
Keluarkan doh dan tumbuk2 buang angin.
Tabur tepung di meja kerja. Canai empat persegi.
Sapu permukaan doh dengan mentega cair rata2.
Tuang inti tuna dan ratakan.
Tinggalkan ruang di hujung doh dan gulung seperti swiss roll, ketatkan.
Kemaskan kiri dan kanan. Potong 10 bahgian.
Susun dalam paper cup jenin 4 inci.
Tekan biar rata. Perap 45 minit biar kembang.
Sapu baki telur atas roti.
Bakar dengan suhu 190C selama 25 minit.


tu dia......percubaan pertama, belajar dari kesilapan!!

4 ulasan:

  1. salam zana,
    akak pun sama zana.bulan tak buasa masakan semua masin.Abang pun dah kena darah tinggi.bulan puasa, masak tawar aje..hehe

    BalasPadam
  2. wslm kakrose....
    haha...kita yg masak, org lain kena darah tinggi. kesian dia, kakrose jaga elok2, jaga juga diri sendiri.

    BalasPadam
  3. salam kakzana, ades sib baik masih kenyang sahur tadi..ehehe nmpk menyelerakan. nnti pos ler sikit ke rumah..ehehe :P

    BalasPadam
  4. wslm yan....ntah bila boleh jumpa, nmpk je menyelerakan tapi yg sebenarnya tak memuaskan hati lg...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)