my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Arwah Tok Teh yang di kasihi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi ni aku terima panggilan dari kakak, katanya Tok Teh dah meninggal kalau tak silap petang atau malam tadi. Al Fatehah untuk arwah. Kami sempat menziarah arwah ketika raya tahun lepas dan cuti hujung tahun baru-baru ni. Memang dah uzur benar dia tu.

Aku pernah upload gambar dalam blog ketika jumpa dia dulu tapi lupa label pula. Arwah walaupun dah 80an umurnya, masih boleh melihat dengan jelas dan pendengaran pun ok. Kalau kami bersembang ramai-ramai kekadang dia pun tumpang gelak. Cuma dia tak boleh keluar suara sangat, kena letak telinga kat bibir dia baru boleh faham.

Lepas ni kalau aku balik Johor rasanya keluarga sebelah ku ramai yang dah takde. Arwah tok, adik arwah tok dan arwah tok teh adalah kawan karib. Aku ingat lagi dulu-dulu mereka ni sering berkumpul kalau nak ke mana-mana samada nak beli barang di bandar atau nak kerumah jiran yang buat majlis kahwin. Kat rumah tok teh jugak la tempat aku melepak tunggu arwah tok ku bersembang. Aku memang takde kawan jadi rumah saudara la tempat aku bertandang. Itu pun kejap je....

Teringat kat depan rumah tok teh ada pokok jambu susu atau jambu botol. Ramai budak-budak yang balik dari sekolah atau dari masjid singgah kutip jambu. Rumah tok teh bersebelahan dengan masjid. Sebelah pokok jambu ada kolam besar. Bukan kolam renang tau!!

Arwah tok teh aku ni ramai anak lelaki, perempuan sorang je. Kalau aku datang dulu mesti dia tengah sidai kain atau dalam bilik air, menyental baju. Basah kuyup aku tengok baju dia. Jari tangan sampai kecut berut. Masa ni arwah suami dia dah meninggal.

Hari raya kat rumah tok teh wajib ada laksa Johor. Nak makan laksa kena pergi rumah dia. Sekarang semua tu dah tinggal kenangan. Bagaimana pun aku tetap akan kunjungi mereka sekalipun arwah dah tiada. Akan aku terapkan dalam jiwa anak ku, hubungan keluarga takkan putus kalau mereka yang lebih tua sering kunjung mengunjungi dan bawa anak-anak untuk dikenali. Sekali pun jauh, berbagai cara boleh kita gunakan untuk mengeratkan silaturrahim.

Al fatihah untuk arwah dan salam takziah dari kami yang jauh di perantauan.

2 ulasan:

  1. Sedihlak baca cerita ni, takziah ye, moga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  2. Amin....yg pergi tetap pergi tp yg hidup kena teruskan.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)