my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan ayam laut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

RM45.00?? Biar betol laki aku ni? Ikan apa mahal sangat tu? Empat ekor je bawa balik dari sekolah. Katanya beli dengan nelayan kat sekolah dia. Menurut kata kawannya, ikan ni memang mahal harganya dan jarang ada di pasar besar. Biasanya ada di restoran-restoran mewah. Iye ke? Aku macam tak percaya.


Sudah la mahal, bawa balik tak bersiang pula tu! Naik lengoh tangan aku menyiang sirip-siripnya yang keras dan tajam. Alat untuk buang sisik memang ada kat rumah, takpelah, itu aku boleh buat. Tengoklah rupa ikan tu, menakutkan je. Ini first time aku makan ikan ayam laut.

Mula-mula dia bawa balik, bingong juga nak masak apa. Kata kawan hubby biasanya orang kukus je ikan tu. Aku pun kukus seperti biasa. Cicah dengan air asam campur buah tomato di cincang. Tinggal lagi tiga ekor. Hari minggu semalam, aku goreng pula. Masak tiga rasa ok juga, tak pedas sangat.

Memang sedap ikan ni, rasa macam ikan merah pun ada, eh...susah la nak jelaskan rasa tu. Kena makan sendiri baru tau!

Ada sesiapa yang boleh bagitau aku harga sebenar ikan ni? Ntah-ntah laki aku kena tipu tak??

8 ulasan:

  1. murahlah tu ..untuk 4 ekor ikan..baru jatuh berapa RM?

    akak pun guna sos cili thai kimball punya..maggi pun ada gak rasanya

    BalasPadam
  2. agaknyalah rasa mcm ayam kot...haha baru 1st time dgr..

    @mamadiana..salam kenal.

    BalasPadam
  3. wahh nampak sedap jer ikan ni..macam ikan merah pun ada tapi beli kat pasar baru 5 ekor enam ringgit..tapi kecik2 je la

    BalasPadam
  4. kak Ina...murah ke? ntah la, org beli kita makan je.

    BalasPadam
  5. awie...memang sodap, kukus atau goreng, rasa mcm siakap pun ada.

    BalasPadam
  6. eyh, saye beli kat pasar raya RM4.90 jer sekilo... nape akak beli mahal sgt...

    BalasPadam
  7. Sy pun beli rm 4.90 sekilo... beli 4 ekor rm12.90... ikan ni murah je...

    BalasPadam
  8. Sy pun beli rm 4.90 sekilo... beli 4 ekor rm12.90... ikan ni murah je...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)