Sebenarnya ramai lelaki yang tahu benda ni tapi buat-buat tak tahu atau malas untuk memahami perempuan.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan
jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki
itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia
lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai
lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan
marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi
percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula
banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat
anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya
lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan
anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak
percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu
sayangkan anda dan masih mengangap anda seperti anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri
keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan i love you, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu
sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu
akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh
mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat
lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata, tolong tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh
anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar
saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda
semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar
untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai
lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan
itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan
mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah
yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik
untuk anak2 anda.
sumber dari sini
mana diorang tahu...
BalasPadamatau...
sengaja buat2 tak tahu
rasanya ...
BalasPadamada yang benar2 tak tahu..
ada yang pura2 tak tahu..
ada yang tak mahu ambil tahu..
Puan zana, rasa2nya saya tahu tak semua tu? what say u puan?
BalasPadamSalam kneal,
BalasPadamHarap2 mereka (lelaki) itu tahu...
org lelaki klu tau pun kkdg wt x tau..tu yg myampah:)
BalasPadamkslau tahu pun..mungkin diarang ni buat tak tahu jer kot...
BalasPadamsalam k.zana....
BalasPadamsesekali dilanda ke was2-an dlm jiwa maka segalanya nampak serba tak kena kot....
hebat tak palsampah ucu ni kak...sayang akak...muah..muah...
@Sari Yusa Ibrahim
BalasPadamDia org taknak ambik tau:-)D
@Hidayah Bach
BalasPadamYeayy....dayah betul:-)
@Abil Fikri Ahmad
BalasPadamAbil terkecuali:-)
@Mak Wardah
BalasPadamSalam kenal Wardah, terima kasih sudi berkenalan, nnti akk terjah blog.
@zila norazila
BalasPadamHeppp...nyampah kat sape tu zila?
@ainnoraini
BalasPadamMemang pon...
@Ucu Faridah
BalasPadamSindir akk ke? Hehe....takdenya was2, berdasarkan pd pandangan mata hati akk...lelaki mmg suka ambil mudah:-)