my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Popia Kentang

Bila dah ada buku masak, haruslah mencubanya. Nanti kena perli pula dengan cikgu fahmi. Ini pun last minute terfikir nak buat, kebetulan ada kulit popia yang terperap dalam peti. Buat intinya pun tak susah.

Boleh tengok resipi kat blog Dari Dapur CT ye......kakpb tak rajin nak menaip disini. Mata mengantuk sebab bangun pukul 3 pagi tadi. Lepas solat subuh, nak mengecat pintu bilik lagi, nak kepasar lagi........bila la nak rihatnya?

Lerr.....ada juga terhangus sikit, ni yang gorengan terakhir. Sambil basuh periok belanga, sambil goreng popia, gitu ler jadinya. Api jangan besar kalau menggoreng popia ni, alamat tak rangup sebelah dalamnya.

Masa sahur tadi, kakpb buat lagi 4-5 keping. Taknak makan nasi, tak lalu. Dan pagi tadi juga baru snap gambar isi dalam popia. Kakpb suka popia macam ni, walau intinya kakpb guna daging ayam burger abe Ramly, tetap sedap rasanya.

Kawan-kawan yang belum pernah cuba popia ni, kena cuba tau. Confirm tidak mengecewakan. Resipi tu nanti kalau kakpb rajin, kakpb edit semula dan tuliskan ye.

Selamat berpuasa dan selamat beramal.
nota kakpb: terima kasih yang sudi komen di blog ni, ada masa nanti kakpb kunjung balas ye.

12 ulasan:

  1. hehehe.. Kak Zana ni samalah macam saya, sambil goreng sambil basuh periuk, nasib baik hitamnya sikit jer, masih comel lagi tu.. sedapppppp juga pasti!

    BalasPadam
  2. Siapa tolak popia... rugi! Sebab popia memang sedap!

    BalasPadam
  3. salamK.Zana...atie pon semlm mkn popia gak masa berbuka..
    Tp beli jerrrrr..:)

    BalasPadam
  4. Tukar style inti sesekali pun sedap juga zana. Kakak kalau sahur mesti makan nasi tau...

    BalasPadam
  5. terliur jg ni

    p/s jemput empunya blog ni utk join GA sy! ;-)

    BalasPadam
  6. Salam k.Zana.popia....sedap tp sy dah lama tak buat padahal mudahkan..
    re; siaran tu mmg melepas tengok...staf husbenpun tak da rakam...

    BalasPadam
  7. wowwwww...dap urmmmm....
    klulah dpt...sodapnyaaa!!

    BalasPadam
  8. Buat popia tu jgn lupa pakai apron! nanti kotor baju..hehehehe

    BalasPadam
  9. Wah rajinnya akak ni.. Dapur Nur dah lama tak berasap..

    BalasPadam
  10. ermmm...popiah..
    ha..yang nih dayah boleh cuba buat..

    tapi mmg kena tunggu hujung minggu je la..

    :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)