my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tutti Fruiti, KLIA Transit



Assalammualaikum dan selamat kembali berjumpa di blog......
Apa khabar agaknya teman-teman kakpb yang di kasihi? Kakpb baru dapat online tengahari ni sebab sejak pulang dari semenanjung hari Isnin lepas, kakpb sibuk uruskan rumah yang di tinggal selama seminggu tu. Kemudian dalam sibuk berkemas dan keletihan, tiba-tiba kakpb terima tetamu dari Johor pula. Sepupu kakpb datang bercuti di Sabah kerana dapat tiket free sebagai mutawwif haji dan umrah. Dah rezeki dia yang dulunya hanya pegawai kerajaan biasa tapi bila dah pencen dapat pula jawatan yang membawanya setiap bulan dua kali ke tanah suci. Ok la, pasal saudara kakpb tu kemudian kita sambung cerita.

Tutti fruiti
Mesti mereka yang di semenanjung dah biasa sangat dengan aiskrim ni tapi tidak kakpb. Hari tu bawa anak saudara pergi tengok wayang di Alamanda, cerita Premium Rush (kami berdua menghantar je, tak tengok pun) Sebelum masuk panggung tu, belanja mereka bertiga ni tutti fruiti. Untuk tiga orang ada tiga mangkok, semuanya hampir RM50. Cikgu fahmi tanya kakpb, nak ke? ishh.....rasa sikit anak bujang punya.....macam tak boleh telan banyak, sesudu dua je. Kakpb pun geleng kepala. Budak-budak suka ler......


Tengok tu, tau orang ambik gambar......saje je buat perangai!

KLIA Transit
Ini kali pertama kami balik dari airport KLIA menggunakan KLIA Transit Ekspress. Sampai dari KB dah malam, kerana taknak menyusahkan kakak dan anak-anaknya, kami ambil keputusan mencuba naik transit ni. Untuk tiket dewasa RM6.20 dan kanak-kanak RM3.00 (kalau tak silap) Kami turun di Putrajaya dan anak saudara kakpb ambil di sana. Kakpb rasa lebih jimat naik transit ni berbanding naik kereta kerana jimat masa dan tol. Lepas ni tak perlulah suruh sesiapa datang ambil di airport, cuma kalau dari LCCT kakpb belum pernah cuba. Mungkin bulan November ni kot baru merasa. Katanya kena naik bas dari airport hingga ke Salak Tinggi, lepas tu baru naik transit hingga ke stesyen Putrajaya.



Dah macam Shah Rukh Khan bergaya dalam keretapi la pulak......lucunya masa naik tu, kami tanya dengan sorang Bangla yang sedang menyapu dalam train.....hehe....kita pulak tanya dengan bangsa asing kemana tujunya train ni. Pada hal dah tertulis di tiket tu, train ni berhenti di Salak Tinggi dulu, baru Putrajaya.


Haruslah enterframe juga puan blog.....tapi sikit-sikit sudah ler, nanti ada pula yang meluat....

Oh ye, cuti tiga hari ni kemana agaknya teman2 kakpb? Jumaat ni Hari Merdeka.......kakpb dah nampak sekitar KK sibuk buat persiapan. Ajak cikgu fahmi pergi, katanya malas, taknak tempuh jem dan bersesak dengan orang ramai. Lepak rumah atau bercuti.......cuti lagi? huhu...

12 ulasan:

  1. Setakat ini kakcik belum pernah masuk lagi ke TF (apalagi makan di dalamnya!). Ke Ice Room adalah dua tiga kali. :)

    BalasPadam
  2. As salam Kak pb...

    Minggu depan , che aBear pB nak ke KK selama dua minggu .....

    Kalau cuti banyak lagi , harus pB ikut ....


    Selamat Hari Raya Kak

    BalasPadam
  3. Salam Aidilfitri kak PB..

    Sy pernah juga ternampak kiosk TF tu bila jenjalan di Sunway Piramid.. tp tak tergerak pun nak mencuba mengenangkan harganya yg tak masuk akal bagi kategori kami yg berpendapatan sederhana ni.. hehehe...

    cuti 3 hari ni en. suami bekerja shift mlm.. Jumaat ada customer order something & anak sulung pula ada tuisyen.. rasanya tak kemana2 lah kot.. cuma ahad je sepupu jemput ke rumahnya di Semenyih..

    BalasPadam
  4. Adoilaaa.. tergelak bila baca bab tanya bangla tu.. hehehe..

    Caption gambar last tu banyak yang tersirat dari yg tersurat ya.. urmmm

    BalasPadam
  5. Seronoknya akak bercuti dgn ahli keluarga.. Nur suka Snogurt sebab harganya agak murah.

    Suka baca caption yg last tu... Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga... :-)

    BalasPadam
  6. kak pb, saya pun tak brape gemar aiskrim ni. mahal tapi takde la hebat mane pun...

    BalasPadam
  7. Amboii....romantisnya gmbr enterframe tu...... :))))

    BalasPadam
  8. salam kak pb ..sebelum tu wani nak ucapkan selamat hari raya untuk kak pb n family.. kalo kat kelantan ni memang cuti 2 hari je la kot ... x de cuti ganti sampai ke ahad.. tutti frutii tu wani x pernah nak jejak lagi hihi...x tau la rase cam ner

    BalasPadam
  9. Akak terbaca dlm fb menyatakan TF ini dlm pemerhatian halal haramnya...tak tau lah akak..

    BalasPadam
  10. gambo separuh je??hehehe

    saya tak pernah rasa lagi ais krim tu

    BalasPadam
  11. TF ni harganya mahal banget buk!
    dh balik ke KK rupanya.kata nak singgah rmh akk.tulah dh namanya raya kan..sibuk, tak perasan akk.. zana dh balik..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)