my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Biskut Samperit


Biskut samperit ni airtangan terakhir kakpb untuk dibawa pulang ke kampong cikgu fahmi. Jenuh menekannya, kenyit-kenyit mata kat cikgu fahmi tolong tekankan....;) nasib baik dia tolong yang last tu...adeh....tangan kiri ni pulak sakit, salah tidur kot. Dapatlah dua bekas bulat yang rendah tu.

Biskut ni rapuh dan sedap kata tukang komen dua orang dalam rumah ni. Kena simpan resipi ni untuk masa akan datang atau kakpb nak buat sesaja lepas raya nanti. Resipi kakpb jumpa dari Kak Rose dan asalnya dari Nziela.
Terima kasih kerana berkongsi resipi dan kakpb simpan di sini sebagai rujukan akan datang.

BISKUT SEMPERIT
@blogsurirumah
  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit. 

nota kakpb: agaknya sebab susah menekan biskut ni, tu yang namanya 'perit' hujungnya kot?



Selamat pulang ke kampung masing-masing dan berhati-hati di jalanraya. Baca doa ketika naik kenderaan dan pandu dengan mata yang segar, badan yang sihat dan fikiran yang waras. Insyaallah selamat sampai ke destinasinya. Doakan perjalanan kakpb dan keluarga juga, esok awal pagi dan akan tiba di pantai timur sebelum berbuka.

9 ulasan:

  1. heheeee....
    setuju sangat Kak PB...
    peritttttttttttttt nak buat...

    Samperit saya nak abes da...
    makan sendiri je...
    saya pun guna resepi ni=))

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. assalam k pb
    sy semperit bunga yg gini x sempat dah he he

    BalasPadam
  4. biskut kegemaran ni ... sedapnya!

    BalasPadam
  5. saya pun buat dpt sbalang tp mlm td dah tggl separuh balang je.malas dah buat samperit ni...lambat n sakit tangan.

    BalasPadam
  6. askum kak,

    dh nak balik kpg dah... kita sabtu pg br btolak blk ke kpg hubby.

    resepi ni dh simpan, tp blm buat lg. kalu tekan guna acuan tart gulung pun blh kan. hehehe, mls la nak beli acuan lg.

    BalasPadam
  7. kuih ni x lapuk dek zaman..evergreen org kata

    BalasPadam
  8. dapat mkn kuih nie baru terasa raya..klu x der mcm x lengkap:)cantik akk buat:)

    BalasPadam
  9. cedapnye biskut semperit ... salam aidil fitri maaf zahir dan batin

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)