my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Muffin Pisang

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat  iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.



Rajinnya kakpb semalam :P........puasa-puasa buat muffin, bagi jiran sebelah enam biji, tinggalkan sikit je kat rumah ni. Teringat hari tu buka puasa kat Kenny Rogers, nampak muffin panas-panas tapi tak makan pun. Esok paginya (bawa balik muffin) dah keras kejong, haruslah tak lalu nak makan sahur.

Muffin ni dari buku CT Delima, pagi ni rajin sikit, kakpb tolong salinkan untuk kawan-kawan yang nak cuba. Senang je.......tapi muffin kakpb ni dalamnya kakpb letakkan coklat chip selonggok. Bila masak, semua coklat chipnya ke bawah....:D ok la tu.....sedap tau....cuma kakpb letak pisang 2 biji. Kalau 3 biji lagi terasa pisangnya. Untuk makan sendiri lebih pun takpe.;;)

MUFFIN PISANG
@blogsurirumah
sumber : buku Dari Dapur CT (Istimewa Pemanis Mulut)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur gred A (kakpb guna telor omega)
1/3 cawan susu segar (kakpb guna susu cair)
1 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen pisang (esen dah expired, guna esen vanila jek)
kepingan badam untuk hiasan
coklat chip (kakpb tambah sendiri, letak kat tengah muffin)

Cara membuatnya:
  • Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
  • Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih (1 minit) baru masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
  • Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati. Kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit.
  • Titikkan esen vanila dan akhir sekali masuk susu segar (masa ni gunakan spatula atau senduk kayu saja)
  • Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin (isikan 3/4) dan letakkan coklat ditengahnya. 
  • Bakar pada suhu 170C selama 18 hingga 20 minit. 
  • Sejukkan atas redai dan taburkan sedikit sugar powder.







Sambil memasak, sambil beramal......sambil berblog, kita kongsi serba sedikit tentang kebaikan surah-surah dalam alQuran. Banyak kelebihannya jika kita rajin amalkan, lebih-lebih lagi sepuluh malam terakhir ramadhan ni. Moga apa yang kita hajati terlaksana dan mendapat rahmatNya.

10 ulasan:

  1. Memang kak PB sangat rajin...masak2 beri jiran..sangat berkat..:)

    BalasPadam
  2. Rajinnya Zana. Untung berjiran dengan Zana. :)

    BalasPadam
  3. Saya blm pernah buat muffin...
    Kak pb mmg rajin masakkan,semua nnpk sedap jer..

    BalasPadam
  4. Mudah-mudahan hidup berjiran membawa berkat!

    BalasPadam
  5. sama nga kek pisang ya kak??? sedap ni...

    BalasPadam
  6. Salam kak zana! akak makan apa tu?? kita dtg dah malam2 ni kak, baru free hari ni super bz kita ank2 kita g tuition kena antar kena ambik mmg kurus mcm ni ehehe.. apa2 yg ada pisang mmg sedappppppp kita suke :D

    BalasPadam
  7. alhamdulillah semoga bertambah pahala di bulan ramadan ini
    nampak sedap k pb, masa panas2 tu lg sedapkan

    BalasPadam
  8. besnya..anak2 memang suka jenis kek2 cam ni..alhamdulillah dah siap pun..bolehlah wat tempahan..

    BalasPadam
  9. muffin pisang mmg sedap kan kak.Kombinasi warna cup kertas tu dgn warna mufin tu cantik sgt

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)